Keluarga

5 Soalan Popular Mengenai Kekeluargaan Bersama Ustaz Azhar Idrus

Oleh Marina  •  20 Apr 2017  •  4 min baca

Siapa yang tidak kenal Ustaz Azhar Idrus? Seorang tokoh agama yang terkenal di Terengganu kerana kuliahnya yang bersahaja dan mampu menjawab soalan hadirin dengan kefahaman yang mudah mengikut syariat Islam.

Penceramah bebas ini juga berjaya mencetuskan fenomena di negara kita apabila beliau berjaya menarik golongan anak-anak muda dan mereka yang baru ingin mendalami Islam.

Berikut dikongsikan beberapa soalan yang pernah diajukan kepadanya;

SOALAN #1: Bagaimana aurat antara menantu lelaki dengan ibu mertua tiri (ibu tiri kepada isteri)?

JAWAPAN UAI: Aurat menantu tiri dengan mertua tiri adalah sama dengan mereka yang bukan mahram dan wajib menutup aurat dari dilihat oleh mereka.

Mertua tiri jika diukur dengan menantu tiri adalah mahram sementara sahaja. Jika sudah bercerai dengan anak tirinya, maka harus bernikah dengannya.

SOALAN #2: “Saya kerap kali menasihati anak-anak (perempuan) dan isteri supaya menutup aurat walaupun berada di halaman rumah kerana dilihat oleh jiran-jiran. Apa yang mengecewakan saya adalah mereka tidak mengikuti nasihat saya walaupun mereka menutup aurat ketika keluar ke tempat lain. Apakah saya dikira masih berdosa kerana gagal mendidik mereka?”

JAWAPAN UAI: Jika suami sudah menyuruh anak isteri menutup aurat apabila keluar ke halaman rumah, tetapi mereka enggan mematuhinya maka wajib ke atas suami menahan mereka dari keluar rumah.
Jika suami sengaja membiarkan mereka keluar dalam keadaan mendedahkan aurat, maka suami akan menanggung dosa tersebut.

Soal hukum seperti ini perlu diperjelaskan. Katakan pada mereka kamu akan menanggung dosa apabila anak isteri tidak mematuhi perintah agama.

Rajin-rajinlah bawa mereka ke majlis ilmu atau perdengarkan kaset/VCD yang menerangkan mengenai ilmu agama.

SOALAN #3: Apakah hukum suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan isterinya?

JAWAPAN UAI: Hukum mengambil duit isteri tanpa izinnya adalah tidak dibenarkan. Perbuatan itu dianggap mencuri di sisi syarak.

SOALAN #4: Apa hukumnya apabila kedua orang tua (ibu bapa) memilih pasangan anaknya tetapi dibantah oleh anaknya? Adakah si anak menderhakai kedua ibu bapanya, sedangkan hal ini berkaitan dengan rumahtangga dan kebahagiaan anaknya.

JAWAPAN UAI: Anak tidak wajib bersetuju dengan pilihan orang tuanya jika kedua orang tuanya memilih pasangan untuknya.

Maksud nikah ialah tinggal dengan pasangan dalam keadaan bahagia dan penuh kasih sayang. Maka, si anak lebih mengetahui pasangan mana yang sesuai dengannya.

Namun begitu, Islam mengajar kepada anak untuk menolak permintaan ibu bapa dengan cara yang baik, berbudi bahasa, lemah lembut dan tidak menyebabkan orang tuanya berkecil hati.

Jika ibu bapanya masih berdegil untuk mengaturkan jodoh, cubalah bersabar kerana lambat-laun mereka akan berubah jika pandai memujuk.

SOALAN #5: Bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan diberkati?

JAWAPAN UAI:

#1 – Isteri Perlu Mencintai Dan Menghormati Keluarga Suaminya Sepertimana Dia Menghormati Dan Menyayangi Keluarganya Sendiri

#2 – Hendaklah Sentiasa Memelihara Auratnya Dari Pandangan Bukan Mahram

#3 – Berikan Kesetiaan, Ketaatan, Kepatuhan Kepada Suami Selagi Tidak Melanggar Suruhan Agama

#4 – Hendaklah Menjaga Rahsia Dan Maruah Suaminya

#5 – Perlu Meminta Izin Untuk Keluar Dari Rumah Atau Untuk Melakukan Puasa Sunat

#6 – Perlu Bijak Menguruskan Harta Suami Dan Berbelanja Mengikut Kadar Kemampuan

#7 – Tidak Meminta Sesuatu Yang Berada Di Luar Kemampuan Suami

#8 – Sentiasa Bersyukur Dan Tenang Menerima Nikmat Atau Dugaan Daripada Allah S.W.T

#9 – Mendahulukan Keperluan Suami Dari Keperluannya Sendiri

#10 – Sentiasa Menghias Diri Apabila Berada Di Hadapan Suami

#11 – Sedia Melayani Dan Memenuhi Kehendak Batin Suami Apabila Diperlukan

#12 – Hormati Suami Sebagai Ketua Keluarga Dan Mendengar Setiap Kata-Kata Yang Keluar Dari Mulutnya Apabila Dinasihati

Begitulah beberapa persoalan kekeluargaan yang diajukan dan jika ada dalam kalangan kita yang masih belum mengenali beliau, bolehlah mendengarkan kuliah-kuliah agama di mana-mana surau atau masjid yang dikunjunginya.

Juga boleh layari laman You Tube untuk mendengarkan kuliah jika tidak berkesempatan. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Wallahua’lam.

Juga boleh layari laman
1. http://www.ustazazhar.com
2. http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami