Qiamullail merupakan antara ibadat sunat yand dituntut oleh Allah. Allah memerintahkan Nabi SAW menunaikannya dan ia menjadi ibadat sunat pilihan orang-orang soleh. Waktu afdhal untuk qiamullail adalah pada waktu malam selepas kita tidur sekejap.
Tapi, bukan semua orang berjaya memaksa diri untuk bangun di tengah malam ketika semua orang sedang tidur nyenyak. Lalu, bagaimanakah kita mahu memastikan ‘jam loceng’ untuk qiamullail kita betul-betul berkesan? Berikut adalah beberapa ‘jam loceng’ yang kita perlukan:
Firman Allah SWT (maksud);
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”(Al-Bayyinah:5)
Firman Allah SWT (maksud):
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan tartil.(Al-Muzammil:1-4)
Dalam Sahih Ibn Hibban (maksud):
“Barang siapa yang qiam dengan sepuluh ayat maka dia tidak ditulis daripada kalangan orang yang lalai, dan barangsiapa yang qiam dengan serratus ayat maka dia ditulis daripada kalangan al-qanitin, dan barang siapa yang qiam dengan seribu ayat maka dia ditulis daripada kalangan al-muqantirin.”(Sahih Ibn Hibban)
Ibrahim bin Shammas berkata:
“Aku melihat Ahmad bin Hanbal menghidupkan malam sedangkan beliau masih kanak-kanak.”
Imam al-Bukhari membaca Al-Quran antara separuh sehingga satu pertiga daripadanya dan mengkhatamkan bacaannya ketika sahur setiap tiga malam.
Al-Hafiz al-Iraqi iaitu guru kepada Ibn Hajar al-Asqalani menjadikan qiamullail satu kebiasaan dalam hidupnya.
Daripada al-Bara’ bin A’zib r.a., Nabi SAW bersabda;
“Apabila kamu datang ke tempat tidurmu, maka ambillah wuduk seperti wuduk solatmu kemudian berbaringlah di atas lambung kananmu.”
Hafsah binti Umar meriwayatkan (maksud):
“Nabi SAW apabila baginda ingin tidur, baginda menjadikan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.”(Riwayat al-Tabrani)
Muaz bin Jabal meriwayat, Nabi SAW bersabda (maksud):
“Setiap muslim yang tidur dengan membaca zikir dan dalam keadaan suci (berwuduk), lalu dia terjaga pada waktu malam, lantas berdoa kepada Allah memohon kebaikan urusan dunia dan akhirat, pasti Allah akan mengurniakannya kepadanya.”(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Nabi SAW menggalakkan tidur awal selepas solat Isyak.
Nabi SAW bersabda (maksud):
“Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada setiap malam, nescaya ia akan dilindungi.”(Al-Bukhari)
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW apabila hendak masuk tidur baginda membaca (maksud):
“Segala puji bagi Allah yang memberi makandan minum kepada kami dan melindungi kami serta memberi kami tempat tinggal.”(Muslim)
Nabi SAW bersabda:
“Bacalah (surah al-Kafirun) ketika hendak tidurmu, kerana sesungguhnya ia adalah pelepasan daripada syirik.”(Sahih al-Jami’)
Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda (maksud):
“Berqailullahlah kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailullah.”
(Riwayat al-Tabrani)
Nabi SAW bersabda (maksud):
“Tidaklah seseorang anak Adam itu memenuhi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu beberapa suap untuk mendirikan siulbinya. Sekiranya tiada jalan lain, maka jadikanlah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafsunya.”(Riwayat al-Tirmizi)
Nabi SAW bersabda (maksud):
“Seorang lelaki daripada kalangan umatku bangun pada waktu malam, melawan nafsunya untuk bersuci sedangkan di atasnya ada beberapa ikatan. Apabila dia membasuh kedua tangannya terlerai satu ikatan, apabila dia membasuh wajahnya terlerai satu ikatan, apabila dia menyapu kepalanya terlerai satu ikatan dan apabila dia membasuh kedua kakinya terlerai satu ikatan. Lantas Allah berfirman kepada mereka yang berada di belakang hijab: “Lihatlah kepada hambaKu ini, dia melawan nafsunya dan memohon kepadaKu. Apa yang dia pohon kepadaKu adalah menjadi miliknya.”(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Seorang lelaki bertanya kepada Hasan al-Basri,
“Wahai Abu Said! Sesungguhnya aku bermalam dalam keadaan sihat dan aku cintakan qiamullail. Dan aku menyediakan air wudukku, namun mengapa aku tidak bangun?” Maka Hasan al-Basri menjawab,”Dosamu telah mengikatmu.”
Firman Allah SWT (maksud):
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”(Al-Isra’:36)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.