Oleh Rabiatul Adaweeyah • 22 Mar 2017 • 3 min baca
Remaja muslim adalah golongan pewaris dan pelapis yang bakal memimpin masa hadapan ummah. Golongan remaja yang berjaya adalah pemimpin yang terbaik bakal menerajui kejayaan sesebuah negara.
Jika rosak golongan remaja, maka pincanglah kepimpinan negara kelak. Terdapat beberapa ciri golongan remaja yang berjaya, antaranya;
Al-Quran adalah kitab yang sangat relevan sepanjang zaman, sama ada zaman dahulu sehinggalah pada zaman mendatang. Dengan itu sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan al-Quran maka tergolonglah dalam kalangan yang maju dan berjaya.
Manakala sesiapa yang jauh daripada al-Quran maka mereka dalam kalangan yang tertinggal daripada kemajuan. Firman Allah s.w.t;
“Katakanlah, ‘Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (al-Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu untuk kecelakaan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu.”Surah Yunus:108
Al-Quran memberikan panduan yang sangat bersesuaian dengan setiap peringkat umur. Termasuklah kepada para pemuda yang ingin memajukan diri mereka. Mendekatkan diri dengan al-Quran adalah dengan rajin membaca, menghafal serta mengamalkan setiap isi kandungannya.
Hal ini dapat dilihat dengan perbezaan orang-orang zaman dahulu kala yang tidak menggunakan pakaian yang lengkap, namun zaman yang kian berubah yang mengubah adab yang memunculkan rasa malu dan menutupi tubuh.
Dengan itu, apabila seseorang remaja menutup aurat ini bermakna mereka memenuhi ciri-ciri remaja Islam yang berjaya. Ini juga selaras dengan tuntutan Islam yang mewajibkan umatnya untuk menutup aurat berlandaskan syariat.
Berilmu itu bukan sahaja memilik ilmu yang tinggi dalam bidang keagamaan. Hal ini kerana Islam sendiri adalah agama yang universal dan menyeluruh yang ilmunya bukan sahaja mengkaji al-Quran dan hadis semata-mata, tetapi pemuda Islam yang berjaya juga mampu menguasai ilmu-ilmu pengetahuan lain.
Sesungguhnya ilmu Allah adalah sangat tidak terbatas untuk diselami.
Setiap manusia yang diciptakan Allah s.w.t adalah khalifah atau pemimpin, iaitu sekurangnya-kurangnya pemimpin kepada diri sendiri. Hal ini juga termasuklah pemimpin kepada keluarga, kumpulan, masyarakat dan negara.
Lalu, pemuda Islam yang berjaya mestilah bersedia menyahut cabaran untuk memimpin mahupun dipimpin maksudnya tidak menolak amanah dan tugas jika dilantik sebagai pemimpin dan jika menjadi ahli pula haruslah setia dan bertanggungjawab.
Pemuda Islam yang berjaya dan maju adalah golongan yang sangat tegas dalam memegang pendirian sendiri. Mereka juga tidak mudah dipermainkan dan mempunyai semangat yang tidak longgar.
Golongan ini juga sangat istiqamah dan berusaha mengekalkan sikap baik itu. Hal ini termasuklah tidak malu dalam menunjukkan keislamannya dengan menjaga ibadah dan akhlak Islam.
Kesimpulannya, golongan muda adalah tunggak masa depan sesebuah negara, bahkan bakal pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, remaja yang sentiasa dekat dengan Allah s.w.t sudah tentulah remaja yang layak memimpin dan mampu mendorong orang lain untuk sama-sama berjaya kelak.
Jadi golongan remaja masa kini harus diingatkan dan didorong untuk tidak melengahkan masa muda dengan hal yang bakal merosakkan diri mereka. Bahkan bersama-sama mendidik golongan ini agar menjadi anak muda yang berwawasan dan mengimpikan kejayaan yang hebat.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.