Sebagai sumber kedua selepas Al-Qur’an, terdapat hadith yang menyentuh tentang hal wanita. Berikut adalah sebahagian hadith mengenai wanita untuk dijadikan panduan.
Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”
Muslim
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang beragama, engkau akan beruntung.”
Al-Bukhari
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Nasihatilah kaum wanita secara baik, kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya, bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya, maka dia tetap akan bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.”
Riwayat Bukhari Dan Muslim
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah (isterinya), kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangainya, boleh jadi dia menyukai perangainya yang lain.”
Riwayat Muslim
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunat) di waktu suaminya berada di sisinya, melainkan atas izinnya. Dia juga tidak halal mempersilakan seseorang masuk ke rumahnya, melainkan jika suami telah mengizinkannya.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga orang tidak akan masuk syurga dan tidak diperhatikan oleh Allah pada hari kiamat nanti: Orang yang derhaka terhadap kedua-dua ibu bapanya, wanita yang mirip dengan lelaki dan lelaki yang dayus (suami yang membiarkan orang lain memasuki rumah isterinya.”
Riwayat Ahmad
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Setiap pandangan (kepada lawan jenis sehingga merangsang syahwat) adalah zina. Seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui satu kumpulan (lelaki), dia telah (dianggap) berzina.”
Riwayat Tirmizi
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya antara manusia yang menempati kedudukan yang buruk di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang menyetubuhi isterinya dan isterinya juga menggaulinya, kemudian salah seorang daripada kedua-duanya menyiarkan rahsia pasangannya.”
Riwayat Muslim, Abu Daud dan lainnya
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur dan dia tidak mahu memenuhinya sehingga suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan terus melaknatnya sampai Subuh.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sekiranya seorang isteri meminta izin untuk ke masjid, janganlah kamu menghalangnya.”
Riwayat Bukhari
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.