Gaya Hidup

6 Makna Perkara Yang Mampu Menyempurnakan Solat

Oleh Ustaz Iqbal Zain  •  6 May 2016  •  2 min baca

Imam Gazali dalam Ihya `Ulumuddin menyebut enam makna batin yang dapat menyempurnakan makna solat, yaitu ; (1) kehadiran hati, (2) kefahaman, (3) ta`zim, mengagungkan Allah, (4) segan, haibah, (5). Berharap, raja, dan (6) malu.

#1 Yang dimaksud dengan kehadiran hati (hudur al qalb) dalam solat ialah bersihnya hati dari hal-hal yang tidak semestinya terlintas di dalam solat, selari antara apa yang diucapkan dalam solat dengan apa yang difikirkan.

#2 Yang dimaksud dengan kefahaman, tafahhum, adalah faham terhadap makna dari apa yang diucapkan dalam solat. Kefahaman akan makna yang dibaca akan dapat membantu menghadirkan hati.

#3 Yang dimaksud dengan ta`zhim ialah sikap hormat kepada Allah. Ta`zhim merupakan buah dari dua pengetahuan, yaitu pengetahuan penghayatan atas kebesaran Allah dan kesedaran akan kehinaan dan keterbatasan dirinya sebagai makhluk.

#4 Yang dimaksud dengan haibah ialah perasaan takut kepada Allah yang bersumber dari kesedaran bahwa kekuasaan Allah itu amat besar dan efektif serta menyedari bahwa hukum Allah atau sunnatullah itu pasti berlaku. Oleh kerana itu dia sangat takut melanggar hukun-hukumnya, kerana akibatnya merupakan satu kepastian.

#5 Yang dimaksud dengan raja’, penuh harap, adalah selalu berfikir positif bahwa Allah Maha lembut dan luas kasih sayangNya. Di dalam solat, perasaan harap dan cemas silih berganti, cemas takut melanggar, dan berharap memperoleh rahmatNya.

#6 Sedangkan perasaan malu, haya’ kepada Allah bersumber dari kesadaran akan banyaknya kekurangan pada dirinya dalam menjalankan ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala..

Menurut Imam Ghazali, jika ke enam hal itu berkumpul pada orang solat, maka hatinya akan menjadi khusyu` kerana seluruh citarasanya, seluruh kesedarannya, tertuju hanya kepada Yang Satu, Yang Maha Agung, yang dihormati, ditakuti, tapi menjadi tumpuan harapannya.

Sayyidatina Aisyah RA pernah menceritakan bahawa di luar solat, Rasulullah SAW biasa berbincang-bincang akrab dengan siapapun, tetapi ketika sedang solat, beliau seakan-akan tidak mengenal orang lain, dan Aisyah pun bersikap seperti tidak mengenal beliau.

Khusyu akan mudah dicapai oleh orang yang lurus pandangan hidupnya, kerana kekeliruan pandangan hidup akan menyulitkan pemusatan perhatian dalam beribadah. Kelazatan bermunajat hanya dimiliki oleh orang yang sudah tidak lagi mencintai harta benda duniawi.

Kerana seperti yang dikatakan oleh al Ghazali bahwa orang yang masih bergembira dengan harta benda, apalagi yang masih mencampur adukkan kebaikan dengan keburukan, dia tidak dapat bergembira dalam bermunajat kepada Allah. Cinta harta dan cinta kepada akhirat tidak boleh menyatu dalam satu wadah.

Kredit gambar:islamicsom.org


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ustaz Iqbal Zain

Ustaz Iqbal Zain merupakan seorang penceramah bebas, penterjemah ulama dari luar dan panel penceramah Pertubuhan KEMUDI. Mendalami pengajian khusus Feqah Imam Syafiee, Ilmu Tarbiyah dan Fiq-hudda’wah di Pusat Pengajian Darul Mustafa, Yamen. Kini menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang Ketamadunan Dan Falsafah Islam di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami