Gaya Hidup

Facebook Tak Menggambarkan Kehidupan Sebenar Seseorang

Oleh Izzhar Nazri  •  25 Sep 2015  •  2 min baca

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?

Bila tengok, apa kita rasa?

Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.

Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.

Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.

“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”

Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.

Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!

Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?

Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?

Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?

Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak. Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.

Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.

Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.

Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.

Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Izzhar Nazri

Izzhar Nazri merupakan host Malaysia Hari Ini (MHI TV3) dan finalis Da'i pendakwah Milenia Musim Kedua. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan pidato, debat dan forum di peringkat negeri dan antarabangsa.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami