Ibadah

10 Larangan Dalam Ihram

Oleh Anas  •  17 Oct 2016  •  3 min baca

Ihram menurut syarak ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang telah ditentukan Allah selama memakai ihram itu.

Memakai ihram adalah bermula dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan untuk memakai ihram. Semasa di dalam ihram, ada beberapa perkara yang dilarang dilakukan oleh jemaah haji tidak kira lelaki atau wanita. Ada 10 larangan kesemuanya iaitu:

1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita.

2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan.

3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu.

4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut.

5. Memakai wangi-wangian.

6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya.

7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram.

8. Nikah atau menikahkan.

9. Bersetubuh.

10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).

Sekiranya ada diantara larangan ini dilakukan semasa di dalam ihram, orang itu wajib membayar dam atau denda. Denda dikenakan mengikut jenis larangan yang dilanggarnya

1. Dam Tertib Dan Taqdir

Denda :
Menyembelih seekor kambing. Wajib berpuasa selama 10 hari kalau tidak mampu. Puasa dibahagikan kepada 3 hari semasa mengerjakan haji di Mekah dan 7 hari lagi setelah kembali ke kampung halamannya.

Ada 8 sebab seseorang itu dikenakan dam tertib dan taqdir ini iaitu:

I – Mengerjakan haji Tamattu’

ii – Mengerjakan haji Qiran.

iii – Tidak berihram dari miqat.

iv – Tidak melontar jamrah.

v – Tidak bermalam di Muzdalifah.

vi – Tidak bermalam di Mina.

vii – Tidak mengerjakan tawaf wada’.

viii – Terlambat dari wukuf di Arafah.

2. Dam Tertib Dan Ta’dil

Denda:
Menyembelih seekor kambing atau berpuasa 3 hari atau bersedekah sebanyak 3 gantang kepada 6 orang fakir miskin.

Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang menyebabkan dam Tertib dan Ta’dil:

a) – Memakai pakaian berjahit (bagi lelaki)

b) – Memakai penutup kepala (bagi perempuan)

c) – Menutup muka dan dua tapak tangan (bagi perempuan)

d) – Memakai bau-bauan atau minyak rambut.

e) – Bercukur, bersikat, memotong, atau mencabut rambut.

f) – Memotong kuku.

g) – Berkelahi.

h) – Bercumbu-cumbuan.

i) – Bersetubuh sesudah tahallul pertama.

3. Dam Takhyir dan Ta’dil

Denda:
Pilih di antara 3 perkara :

• Menyembelih binatang yang besarnya sama dengan yang dibunuhnya,

• Tafsirkan harga binatang yang disembelih dan wang disedekahkan kepada fakir miskin di Mekah,

• Berpuasa setiap nilai satu mud (secupak) puasanya satu hari.

Sebab: Membunuh binatang buruan di tanah suci.

Untuk mendapat haji yang sempurna atau haji mabrur, jagalah diri agar tidak melakukan larangan-larangan di atas. Jika berlaku juga, pastikan kita tidak mengambil leka dengan dam-dam tersebut. Semoga ibadah haji kita menjadikan kita hamba yang taat kepada perintahNya dan membawa kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami