“Ayah kerja lagi ke hari ini? Hari-hari ayah gi kerja. Siang pergi ceramah sampai malam. Tengah malam pergi dakwah lagi? Pergi dakwah sana sini cari anak muda. Cari orang yang tak makan dan cari orang tak solat. Subuh baru balik, sian ayah penat”
Bila ayah nak duduk rumah teman kita? Nanti bila kita besar kita nak buat dakwah macam ayah. Ayah rehatlah ye, umi kata ayah buat dakwah dari kecil sampai besar ye? Nak jadi macam ayah buat dakwah, bila ayah nak rehat?
Saya membalas ringkas;
I love u anak-anakku
I love u too ayah. Muah, muah. Sayanggggggg ayahhhh.
Nanti rehat dalam syurga anakku. Air mata saya terus mengalir. Sebak sangat rasa. Salah saya sibuk sangat.
Maafkan ayah, wahai anak-anakku. Ya Allah maafkan diriku, tidak tahan rasa bila anak kecil tanya begitu sebab mereka cakap jujur dari hati yang bersih.
Tidak sedar anak ke-3 ini dah 4 tahun. Ya Allah, dulu masa anak ini lahir, saya menangis sangat kerana syukur dapat azan dan iqamahkan.
Anak ini lahir terus dapat dengar kalimah Allah. Hari ini sudah pergi sekolah. Bidadari saya urus lagi 2 orang.
Kami berbahagi menguruskan, 2 orang lagi dengan saya kerana ada orang yang lalui hidup tanpa kenal Rabb, dek kerana kecuaian daripada ibu bapa.
Saya menyapa Qadeejah;
Menangis tak tadi Qadeejah di sekolah?
Ceria Qadeejah menjawab;
Tak menangis ayah. Ayah kata menangis masa doa dan kerana agama je, seronok sekolah. Cikgu baik. Kawan-kawan baik-baik. Esok nak pergi sekolah lagi. Belajar pandai-pandai nanti teman ayah buat dakwah.
Terima kasih bidadariku yang sentiasa berjuang dan berkorban mengandung dan melahirkan anak-anak ini. Terima kasih Allah. Syukur ,Ya Allah.
Ya Allah jadikanlah anak-anak kami semua Daie, dan hamba-Mu yang bertakwa dan berakhlak mulia.
Jagakanlah mereka, berkatilah umur mereka dan menjadi matahari hidayah.

