Tokoh

Zaman Pemerintahan Sultan Shah Jehan Dikenali Zaman Keemasan Islam

Oleh Fizah Lee  •  13 Oct 2019  •  2 min baca

Islam merupakan agama kedua terbesar di Republik India setelah Hindu dengan lebih daripada 14.4 peratus penduduk di sana adalah Muslim.

India juga merupakan negara yang mempunyai penganut Muslim ketiga tertinggi di dunia. Islam mula hadir ke bumi India pada abad ketujuh Masihi di bawah Khalifah Umar Al-Khattab. Pada abad ke-13 hingga 15 M, agama Islam telah mula berkembang pesat di India dengan wujudnya kerajaan-kerajaan Islam dan tempat ibadah.

Wujud beberapa zaman kesultanan seiring dengan waktu bermula dari Kesultanan Delhi, Kesultanan Moghul serta beberapa gerakan dan pemikiran Islam yang wujud di dalamnya.

Sultan Shah Jehan merupakan antara sultan yang terkenal dengan zaman pemerintahan Moghul dengan wujudnya seni bina Islam yang sangat menarik seperti di monumen, bangunan dan juga masjid.

Nama penuh beliau ialah Shahabuddin Muhammad Shah Jahan dan digelar sebagai Sultan Shah Jehan, iaitu sultan yang sangat hebat.

Zaman pemerintahannya bermula pada 1628 M sehingga 1658 M dan diangkat sebagai zaman keemasan bagi keraajaan Moghul di India sebelum diganti oleh kepimpinan puteranya, iaitu Aurangzeb.

Beliau telah menaiki takhta kerajaan Moghul selepas kemangkatan bapanya pada 1927, iaitu Sultan Jahangir.

Sumbangan Dalam Pemerintahannya

Selain daripada wujudnya bangunan yang tinggi dan meletakkan nilai Islam, sektor ekonomi juga mula berkembang dengan wujudnya kegiatan import dan eksport di antara Asia Barat dan Eropah serta pimpinan ketenteraan yang baik dengan tiada ancaman luar yang serius.

Dua kerajaan penting juga berjaya dikuasai, iaitu Ahmad Nagar dan Bijabur pada tahun 1636. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan antara tahun kesedihan buat Sultan Shah Jehan apabila isteri kesayangannya telah meninggal dunia.

Mumtaz I-Mahal merupakan isteri ketiga namun cinta pertama buat Sultan Shah Jehan. Apabila dia meninggal dunia, diceritakan bahawa Sultan Shah Jehan telah berkabung selama hampir dua tahun kerana terlalu sedih.

Beliau juga telah membuat keputusan untuk membina Masjid Taj Mahal bagi memperingati cita suci mereka dan sehingga kini masjid tersebut menjadi lambang keagungan cinta mereka.

Beliau juga amat menitikberatkan kehormatan dan perihal Islam dalam setiap aspek pemerintahannya. Sebagai contoh, beliau mengambil kira setiap imam yang akan mengimami solat di masjid-masjid yang telah dibina oleh beliau untuk menjaga kehormatannya.

Sikap inilah yang telah menjadi titik tolak kepada berkembangnya agama Islam di India dengan menekankan kepada perkembangan Islam yang sangat hebat.

Beliau bukan sahaja pemimpin yang disegani dan dihormati dalam sejarah kepimpinannya, namun amat dicontohi untuk memajukan lagi Islam.

Beliau telah meninggal dunia selepas tujuh tahun turun takhta akibat sakit.

Rujukan:
Sultan Shah Jehan
Muslim Di India


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami