Ibadah

‘Yes And No’ Peringatan Sempena Bulan Ramadan

Oleh Marina  •  25 May 2017  •  2 min baca

Kewajiban ibadah puasa sememangnya sudah termaktub dalam kitabullah Al Quranul Karim, firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”Surah Al-Baqarah ayat 183-185

Mari kita semak apakah perkara yang perlu kita tahu dan ambil peduli tentang hal yang berkaitan dengan bulan suci ini. Berikut dikongsikan secara ringkas;

#1 – YES

#1 – Orang Islam yang berakal dan baligh wajib berpuasa.
#2 – Niat berpuasa jangan dilupa.
#3 – Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.
#4 – Sihat tubuh badan.
#5 – Digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, bersedekah, membaca al Quran dan zikrullah.
#6 – Rebut peluang melaksanakan solat sunat Tarawih kerana hanya terdapat di dalam bulan Ramadan.
#7 – Adanya malam Lailatul Qadar; malam yang penuh keberkatan.
#8 – Ambil tahu waktu bersahur dan berbuka puasa.
#9 – Ketika pergi ke bazar Ramadan, pilihlah juadah yang bersih, halal dan suci dimasak daripada tangan orang Islam.
Juga, pilih peniaga yang menutup aurat kerana ia turut berkait dengan soal keberkatan makanan.
#9 – Amalkan sunnah Nabi s.a.w ketika berbuka dan bersahur iaitu mengutamakan buah kurma sebelum memakan makanan lain.
#10 – Sentiasa memakai pakaian yang bersih ketika menghadap Ilahi untuk bersolat.

#1 – NO

#1 – Perempuan yang didatangi haid atau nifas tidak wajib berpuasa tetapi perlu menggantikannya setelah suci.
#2 – Perempuan hamil yang bimbang tentang kesihatan diri dan anaknya dalam kandungan juga tidak perlu berpuasa, tetapi perlu menggantikannya setelah suci.
#3 – Orang musafir, bekerja di panas terik matahari, lelaki/perempuan tua yang uzur, dan orang yang sakit diberi rukhsah/keringanan untuk tidak berpuasa.
#4 – Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, makan minum, bersetubuh di bulan suci ini.
#5 – Tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa seperti berkata yang sia-sia, melambatkan solat, melakukan perkara yang melalaikan dan lain-lain.
#6 – Tidak digalakkan untuk makan secara berlebihan sehingga memberatkan tubuh untuk melaksanakan ibadah.
#7 – Elakkan daripada melakukan pembaziran ketika berbuka atau bersahur.

Selain menahan diri daripada makan dan minum, puasa juga merupakan satu proses pembersihan jiwa dan rohani setelah 11 bulan kita menjalani kehidupan ini dengan pelbagai kesibukan duniawi.

Juga, sebagai satu momentum untuk melakukan transformasi diri ke arah pembentukan individu Muslim yang dibanggakan oleh Rasulullah s.a.w kelak.

Mudah-mudahan, Ramadan yang kita jalani ini bukan saja sekadar untuk memenuhi tuntutan fardhu sebagai seorang Muslim, bahkan dapat dilalui dengan penuh penghayatan. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami