Gaya Hidup

Yang Dimaksudkan Dengan Keampunan Allah Itu Maha Luas

Oleh Fizah Lee  •  5 Aug 2020  •  2 min baca

“Banyaknya dosa yang aku dah buat. Allah nak ke ampunkan dosa-dosa aku?”

Pernah tak anda berfikir mengenai dosa-dosa yang telah dilakukan, kemudian menghitung banyaknya dosa tersebut sehingga terfikir bahawa mustahil untuk Allah ampunkan dosa yang menggunung itu.

Ada juga orang yang telah bertaubat kemudian kembali melakukan dosa kerana terjebak dengan hasutan syaitan dan nafsu sendiri juga.

Kemudian, ada yang berputus asa sebab mengikut firasat sendiri terutamanya apabila ditimpa ujian bertalu-talu.

Sabar dulu. Jangan begitu. Apabila telah mengambil keputusan untuk bertaubat, tetapkan azam tersebut dan percayalah bahawa Allah Maha Menerima taubat anda.

Pintu taubat itu sentiasa terbuka luas sehingga kiamat hadir. Disebabkan itu, jangan segan dan takut untuk bertaubat. Walaupun kita rasa dosa yang ada seluas lautan atau setinggi gunung, tetapi keampunan Allah itu melebihi langit dan bumi.

Melalui sebuah hadis qudsi daripada Anas bin Malik, Baginda SAW bersabda: Allah telah berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau mendatangiKu dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau tidak berbuat syirik padaKu dengan sesuatu apa pun. Maka, Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi itu pula.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3540. Ia dinukilkan hasan oleh Al-Hafiz Abu Thohir)

Syeikh Ibnu ‘Utsaimin RA berkata – “Ada lima syarat untuk taubat, iaitu ikhlas, menyesal atas apa yang telah terjadi, meninggalkan maksiat, bertekad untuk tidak mengulanginya lagi dan bertaubat sebelum terlambat.”

Kita tidak tahu nyawa yang Allah pinjamkan kepada kita ini sampai bila. Disebabkan itu, apabila sudah terdetik hati untuk bertaubat atau Allah sudah menjentik hati anda untuk kembali ke jalanNya, jangan tunggu lama.

Jangan juga berfikir bahawa Allah tidak menerima taubat anda disebabkan dosa-dosa yang ada. Kerana tugas bertaubat itu adalah tugas anda, tetapi yang mengampunkan dosa atau tidak itu adalah bergantung kepadaNya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami