Berita

Yahudi, Islam Di Berlin Bekerjasama Menentang Golongan Anti-Semitisme Dan Pembenci Islam Dengan Menunggang Basikal

Oleh Tim Tazkirah  •  3 Jul 2018  •  2 min baca

BERLIN (AP) – Seramai 25 orang Yahudi dan Islam menunggang yang boleh dinaiki dua orang melalui ibu negara Jerman dalam satu bantahan terhadap peningkatan anti-Semitisme (golongan yang benci Yahudi) dan serangan ke atas orang Islam di negara ini.

Terdiri daripada rabai dan imam, termasuk wanita bertudung dan ahli-ahli komuniti yahudi yang memakai ketayap Yahudi dari Berlin dan seterusnya berkongsi basikal dalam lawatan melalui bandar.

Rabai Elias Dray, salah seorang penganjur berbasikal ini yang bermula dari Memeorial Holocaust Berlin, berkata lawatan antara agama bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara orang Yahudi dan Islam dan masyarakat Jerman yang lain.

Kebiasaanya wujud perasaan prejudis di kawasan yang terdapat kurang perhubungan,” kata Dray, bekerja sebagai rabai komuniti di bandar Amberg, Bavaria. “Di mana sahaja ada kelebihan untuk mengenali agama Yahudi dan Islam.

Dia menaiki basikal bersama-sama dengan Imam Berlin Ender Cetin. Mereka dan lain-lain memakai jaket putih dengan kata-kata : “Yahudi dan Islam untuk dihormati dan toleransi.

Selain daripada 25 orang berlainan agama berbasikal, ramai orang turut serta dalam lawatan berbasikal melalui pusat bandar Berlin dalam acara ini bagi menunjukkan perpaduan.

Akhir-akhir ini anti-Semitisme telah mula meningkat dan di samping itu serangan terhadap orang Islam juga meningkat.

Peningkatan ketegangan disebabkan Jerman bergelut dengan kemasukan lebih 1 juta kebanyakannya imigran Islam, bersama-sama dengan kebangkitan parti kebangsaan, Alternatif untuk Jerman, yang terpilih ke parlimen tahun lepas buat pertama kalinya.

Para pemimpinnya terkenal dengan pendirian anti-Islam, manakala anti-Semitisme juga ditonjolkan oleh mereka, namun agak kurang.

Bagi menambahkan lagi kerumitan, beberapa imigram Islam telah menimbulkan ketegangan anti-Semitisme yang baharu apabila menahan orang Yahudi yang bertanggungjawab terhadap konflik Israel-Palestin.

Laporan membuli kanak-kanak Yahudi oleh kanak-kanak imigran Islam di sekolah seluruh negara telah menakutkan ramai Yahudi, manakala antara perkara-perkara lain perempuan Islam sering melaporkan penghinaan dan diskriminasi terhadap mereka kerana bertudung.

Walaupun adanya ketegangan ini, Imam Cetin berkata “majoriti orang Islam dan Yahudi ingin hidup bersama dengan aman.

Ia mesti menjadi satu perkara yang semula jadi bahawa kita hidup bersama-sama dan kita boleh dapat menzahirkan agama kita secara terbuka,” tambah Cetin lagi.

Penulis: Kirsten Grieshaber / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The News Advance

Kredit Gambar: Markus Schreiber


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami