Inspirasi

“Ya Allah, Perbaikilah Semua Urusanku”

Oleh Natirah Azira  •  7 Jul 2020  •  2 min baca

Ada kalanya kesusahan hidup menimpa kita dengan tiba-tiba tanpa kita duga. Kita langsung tidak bersedia, kita tercengang, buntu dan tidak tahu untuk berbuat apa.

Tariklah nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan-lahan. Yakinlah di saat ini kita tidak berseorangan kerana Allah sedang ‘melihat’ dan mengetahui apa yang kita rasakan.

Bukankah Allah itu paling dekat dengan hamba-hambanya, dan paling memahami diri kita lebih daripada kita memahami diri sendiri.

Setiap yang berlaku tidak sia-sia. Lambat-laun kita akan mengetahui hikmah yang tersimpan di sebaliknya.

Di saat ini, sebutlah doa ini perlahan-lahan…

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

(Ya Hayyu, Ya Qoyyum)
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Berdiri Sendiri tanpa memerlukan segala sesuatu,

بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

(Birahmatika astaghiis)
Dengan rahmatmu aku minta pertolongan,

وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ

(Wa aslihli sya’ni kullahu)
Perbaikilah segala urusanku,

وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

(Wa la takilni ila nafsi thorfata ‘ainin abadan)
Dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun walau sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dariMu selamanya.

Ia doa yang pernah diajarkan oleh Nabi SAW kepada anak baginda, Fatimah dan disunatkan membacanya pada setiap pagi dan petang.

Atau boleh juga dibaca doa yang ringkas daripada Al-Quran ini,

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

(Wa ufawwidhu amri ilallah. Innallaha basiirum bil ‘ibaad)

“…Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir 40:44)

Di dalamnya ada pengharapan sebenar-benarnya kepada Allah Yang Maha Menguruskan setiap nyawa yang ada di muka bumi ini. Mungkin saat ini Allah hanya mahu menguji tentang iman dan rasa percaya yang kerap kita sebutkan saat kita dalam keadaan senang dan gembira.

Dunia boleh berbuat sewenang-wenangnya, namun tidak dapat mencabar kekuasaan dan kebesaran Allah. Manusia boleh membenci dan menganiaya, namun besar lagi perlindungan yang mampu Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Kita mungkin sedang jatuh dalam kesedihan yang sangat dalam, namun Allah jualah yang berkuasa menarik kembali kita kepada cahaya. Justeru, teruslah yakin dan percaya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami