KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 1
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pendah...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 2
2.4 Pandangan yang rajih (Kuat) 17
2.5 ...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 3
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah S.W....
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 4
1. Pengenalan
Islam adalah agama yang m...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 5
Seterusnya Al-Malikiyah mendefinisikan ...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 6
Najis dari sudut akidah juga tergolong ...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 7
1.3.2 Najis pertengahan atau najis muta...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 8
1.4 Benda-benda yang merupakan najis
Na...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 9
hukumnya najis seperti tahi, kencing, n...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 10
Kesimpulannya, kelonggaran syarak dala...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 11
Sikap kita terhadap haiwan menjadi ked...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 12
Anjing haram di makan kerana sifat bua...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 13
Anjing juga diharamkan kerana Allah s....
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 14
Walaubagaimanapun terdapat perbezaan d...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 15
Kemudian diikuti dengan hadith yang di...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 16
adalah tetap suci untuk dimakan seluru...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 17
keturunannya atau haiwan lain yang ber...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 18
untuk menghukum seluruh anjing sebagai...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 19
Kesimpulannya, anjing adalah haiwan ya...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 20
Demikian takhrij oleh Syaikh „Adl Ahma...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 21
Sesungguhnya yang disebut adalah sabda...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 22
2.6 Suruhanmenyucikan bekas yang dijil...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 23
Rumusan
Secara keseluruhannya dapatlah...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 24
adalah qiyas yang lemah, hadis yang me...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 25
Bibiliografi
Abu Al-Fadhl Zainuddin Ab...
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 26
Ibnu Muhammad El-Fandahani, 2008.Kaifi...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)

3,947 views
3,843 views

Published on

7 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
3,947
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
72
Comments
7
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)

  1. 1. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 1 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Pendahuluan 3 1. Pengenalan 4 1.1 Definisi najis mengikut hukum fiqh. 4 1.2 Jenis-jenis najis 5 1.2.1 Najishakiki (aini) 5 1.2.2 Najishukmi 5 1.3 Pembahagian najis mengikut ringan dan berat beserta cara 6 menyucikannya 1.3.1 Najis ringan atau najis mukhaffafah ( ) 6 1.3.2 Najis pertengahan atau najis mutawassitah ( ) 7 1.3.3Najis berat atau najis mughallazah ( ) 7 1.4 Benda-benda yang merupakan najis 8 1.5 Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis 9 2. Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama 10 2.1 Klasifikasi anjing 10 2.2 Anjing dari sudut pandangan Islam. 10 2.3 Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing 13 di kalangan ulama 2.3.1 Mazhab Al-Hanafiyah 14 2.3.2 Mazhab Al-Malikiyah 15 2.3.3 Mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Mazhab Al-Hanabilah 16
  2. 2. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 2 2.4 Pandangan yang rajih (Kuat) 17 2.5 Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan 17 yang rajih terhadap kenajisan anjing 2.5.1 Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing 18 sebagai najis adalah qiyas yang lemah 2.5.2 Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. 19 memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif) 2.5.3 Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi‟iyah 20 berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut 2.6 Suruhan menyucikan bekas yang dijilat anjing walaupun 22 bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah Rumusan 23 Bibiliografi 25
  3. 3. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 3 Pendahuluan Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.Tdi atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Al-Fiqh Islami 1 (HIS3063) ini dapat disiapkan sepenuhnya. Objektif tugasan ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar hukum-hakam yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih berserta sokongan dalil-dalil daripada Al-Quran Al- Karim mahu pun Hadith-hadith sahih Rasulullah s.a.w. Tajuk pilihan untuk tugasan A-Fiqh Al-Islami 1 ini ialah “Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama” . Tugasan ini juga dimulaidengan Pengenalan tentang najis iaituDefinisi najis mengikut hukum fiqh; Jenis-jenis najis; Pembahagian najis mengikut ringan dan berat; 1.4 Benda-benda yang merupakan najis; Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis; Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama Klasifikasi anjingAnjing dari sudut pandangan Islam; Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing di kalangan ulama; Pandangan yang rajih (Kuat); Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan yang rajih terhadap kenajisan anjing; Perintah menyucikan bekas yang dijilat anjing walaupun bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pihakpensyarah danpenyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian.Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai. Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya terutamanya dari sudut latihan ilmiah sterusnya dapat mewujudkan pembelajaran berbentuk perbandingan.Sesuai dengan respon daripada pelajar yang lebih bersikap terbuka dan menerima kepelbagaian pendapat dalam masalah fiqh.Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan, Disediakan oleh :
  4. 4. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 4 1. Pengenalan Islam adalah agama yang mencintai kesucian dan kebersihan sama ada pada zahir mahupun batin. Sebagai seorang muslim, kita perlu mengambil tahu tentang perkara-perkara yang terkandung dalam ilmu Fiqh. Ini termasuklah bab kenajisan anjing. Menyentuh tentang haiwan anjing, Islam sebenarnya membenarkan umatnya menggunakan anjing yang telah dilatih dan dididik untuk dimanfaatkan sebagai binatang buruan untuk menangkap penjahat.Ia juga boleh digunakan untuk tujuan keselamatan seperti digunakan untuk menangkap pencuri. Anjing seperti ini dikenali dengan qalbu mua‟llam (anjing terpelajar). Dalam memahami persoalan kenajisan anjing ini, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum sama ada ia najis atau tidak. Dalam Al-Quran Al-Karim, tidak wujud secara langsung tentang keharaman dan kenajisan anjing. Namun, para ulama telah merujuk kepada dalil-dalil hadith Rasulullah s.a.w. untuk menetapkan hukum dalam bab kenajisan anjing ini. Dalam tugasan ini, sebelum memperincikan kenajisan anjing menurut pandangan ulama adalah lebih elok jika kita mendalamai beberapa perkara yang berkaitan dengan najis mengikut hukum fiqh. Berikut adalah penjelasan tentang definisi najis mengikut hukum fiqh, jenis-jenis najis, pembahagian najis mengikut ringan dan berat beserta cara menyucikannya, benda-benda yang merupakan najis, seterusnya perkara- perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis. 1.1 Definisi najis mengikut hukum fiqh Najis dari segi bahasa ialah suatu nama bagi sesuatu yang dianggap kotor dan menjijikkan, manakala najis dari segi istilah bermaksud benda kotor yang menghalang daripada sahnya sembahyang seperti darah dan air kencing.1 Selain itu, Asy-Syafi‟iyah mendefinisikan najis secara istilah sebagai “sesuatu yang dianggap kotor dan mencegah sahnya solat tanpa ada hal yang meringankan.2 1 Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji, 2008. Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd., h. 45. 2 Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A‟la Syarhi Al-Mahalli A‟la Minhaj At-Tolibina‟lal, Beirut : Darul Kutub Al-„Ilmiyyah, jil. 1, h. 1-68.
  5. 5. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 5 Seterusnya Al-Malikiyah mendefinisikan najis sebagai “sifat hukum suatu benda yang mengharuskan seseorang tercegah dari kebolehan melakukan solat bila terkena atau berada di dalamnya”. 3 Najis juga ditujukan kepada semua benda selagi ada dalil yang menajiskannya.4 Najis turut dikenali sebagai an-najasah yang bermaksud kotoran ( ). Disebut sebagai iaitu sesuatu menjadi kotor.Asy-Syafi‟iyah mendefinisikan an-najasahsebagai kotoran yang menghalangi solat ( ).5 Kesimpulannya, menurut Ibnu Muhammad El-Fandihani (2008) najis merupakan segala jenis kotoran yang melekat pada badan, tempat dan pakaian sama ada ia berasal dari dalam atau dari luar tubuh kita. 1.2 Jenis-jenis najis Jenis-jenis najis ada dua iaitu najis hakiki (aini) dan najis hukmi iaitu seperti berikut : 1.2.1 Najishakiki (aini) Jenis-jenis najis terbahagi kepada dua iaitu najis hakiki (aini)dan najis hukmi.Najis hakiki (aini)iaitu sesuatu yang berbentuk, mempunyai rasa, warna dan berbau sebagai contoh tahi, kencing dan darah. 1.2.2 Najishukmi Manakala najis hukmi pula merupakan semua najis yang telah kering dan kesannya telah dihilang yang mana kesan, warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi, sebagai contoh baju yang terkena kencing kemudian ia kering serta kesannya tidak zahir lagi. 6 Demikianlah bekas najis yang dihukumkan dengan najis pada sesuatu tempat atau di sekitarnya seperti air kencing yang sudah kering serta tidak diketahui sifat dan bentuknya. 3 Muhammad Al-Dasuqi.Hasyiyah Al-Dasuqi A‟la Asy-Syarh Al-Kabir, Dar Ihya‟ Al-Kutub Al-Arabiah, Cairo, jil. 1, h. 1-32. 4 Ibnu Muhammad El-Fandahani, 2008.Kaifiyat Bersuci Lengkap Dengan Dalil-dalil Serta Pendapat Para Imam Mujtahid, Selangor Darul Ehsan : Cresent News (K.L) Sdn. Bhd., h. 1. 5 Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A‟la Syarhi Al-Mahalli A‟la Minhaj At-Tolibina‟lal, Beirut : Darul Kutub Al-„Ilmiyyah, jil.1, h. 1-68. 6 Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS 306, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 10.
  6. 6. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 6 Najis dari sudut akidah juga tergolong dalam najis hukmi (maknawi/batin).najis tersebut Walaubagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa diri dan badan orang yang musyrik itu adalah najis.7 Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, ayat 28 : Maksudnya : “Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir itu adalah najis”. (Al-Taubah: 28). 1.3 Pembahagian najis mengikut ringan dan berat beserta cara menyucikannya Mengikut mazhab Asy-Syafi‟iyah pembahagian najis diklasifikasikan berdasarkan tingkat kesulitan dalammensucikan atau menghilangkannya.8 Pembahagian tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu najis ringan,(mukhaffafah) najis pertengahan (mutawassitah) dan najis berat (mughallazah). 1.3.1 Najis ringan atau najis mukhaffafah ( ) Najis ringan atau najis mukhaffafah ( ) ialah kencing bayi lelaki yang belum berumur dua tahun dan belum makan apa pun kecuali air susu ibu. Ia menjadi najis yang ringan disebabkan cara menyucikannya sangat ringan iaitu tidak perlu najis itu sampai hilang sebaliknya memadai dengan memercikkan air ke atas tempat terkena najis.9 ,Sebagaimanayang diterangkan di dalam hadith berikut : 7 Muhammad Khalaf Al-Qaz‟al, 2005.Fikah Ibadat Mazhab Imam Syafii Karya Asal (Bahasa Arab “Fiqh Ibadah Al- Muyassar), Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, h. 12. 8 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 56. 9 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h.56.
  7. 7. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 7 1.3.2 Najis pertengahan atau najis mutawassitah ( ) Seterusnya najis pertengahan atau najis mutawassitah ( ). Najis ini adalah selain daripada najis mukhaffafah dan mughallazoh seperti darah, nanah, muntah, tahi, air kencing, wadi10 ,mazi,11 Cara menyucikannya ialah menggunakan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti „ainnya/zatnya/warnanya, baunya dan rasanya, walaubagaimanapun ketiga-tiganya hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah s.w.t tidak memberati seseorang kecuali sekadar yang termampu olehnya.12 1.3.3 Najis berat atau najis mughallazah ( ) Manakala najis berat atau najis mughallazah ( ) ialahditujukan kepada anjing dan babi. Najis ini dikatakan berat kerana cara untuk menyucikannya tidak memadai dengan air sahaja. Iamemerlukan penggunaan air sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan hendaklah menggunakan air tanah.13 Penggunaan tanah tidak boleh diganti dengan sabun, detergen, pemutih, pewangi dan sesuatu yang mengandungi pelbagai zat.Hal ini telah disebut di dalam hadith Rasulullah s.a.w. seperti berikut.14 10 Air yang keluar daripada kemaluan orang yang bekerja berat. 11 Air yang keluar daripada kemaluan lelaki mahupun wanita semaWsa naik syahwat.cecair yang memabukkan, susu dan mani binatang yang tidak halal dimakan. Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., p.64. 12 Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., p.64. 13 Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS 306, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 11. 14 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 58.
  8. 8. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 8 1.4 Benda-benda yang merupakan najis Najis datang daripada tubuh manusia, tubuh haiwan dan najis di luar keduanya.15 Justeru, terdapat beberapa najis yang berasal dari tubuh manusiaantaranya ialah darah, nanah, muntah, air kencing, mani, mazi, wadi, tinja dan segala yang keluar dari kemaluan depan atau belakang.Asy Syafi‟iyah dan Al-Hanabilah mengatakan bahawa muntah, air kencing dan kotoran manusia adalah benda-benda yang najis.Pada dasarnya kerana muntah adalah makanan yang telah berubah di dalam perut menjadi sesuatu yang kotor dan rosak.16 Bagi potongan tubuh manusia, jumhur ulama umumnya mengatakan bahawa bahagian tubuh manusia yang terlepas dari tubuhnya hukumnya bukan najis. Sama ada potongan tubuh itu terpisah semasa hidupnya atau pun setelah meninggal dunia.17 , Manakala najis daripada tubuh haiwan antaranya ialah darah, nanah, muntah, air kencing, mani, mazi, wadi, tinja dan semua yang keluar dari kemaluan depan dan belakang haiwan. Begitu juga dengan anjing dan babi merupakan benda najis.Di Samping itu, semua binatang yang telah mati juga merupakan najis. Walaubagaimanapun sekiranya yang mati itu adalah manusia, ikan atau belalang maka ia tidak menjadi najis. Selain itu, ulat dalam buah- buhan atau seumpamanya yang terjadi dari makanan dan juga semua binatang yang tiada darah mengalir seperti lalat, lipas atau seumpamanya sekiranya mati juga tidak menjadi najis.Air yang dimasuki binatang-binatang tersebut juga tidak menjadi najis.18 Sungguhpun begitu, terdapat bahagian-bahagian haiwan (anjing dan babi adalah terkecuali) yang merupakan najis antaranya anggota haiwan yang terpotong daripada haiwan tersebut. Ini kerana ia merupakan bangkai kecuali bulunya. Bulu binatang tidak menjadi najis sama ada matinya dengan sebab disembelih atau pun tidak tetapi tulangnya adalah najis jika matinya tidak disembelih. Demikian juga dengan benda basah yang keluar dari badan haiwan itu, iaitu mana-mana yang tidak mempunyai tempat yang tetap (anjing dan babi terkecuali) seperti air mata, keringat, air liur dan hingus, maka hukumnya suci. Sebaliknya mana-mana yang tempatnya tetap, maka 15 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 59. 16 Abu Ishak Ibrahim Bin Ali Ibn Yusuf Asy-Syirazi, 1425. Al-Muhazzib Fi Fiqh Al-Imam Asy-Syafi‟ei Lishshirazi, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, h. 53-54. 17 Ahmad Bin Muhammad Al- Thahthawi, 1231. Hasyiyah Al-Thahthawi A‟la Al- Maraqi Al-Falah Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, p. 49. 18 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990.Bimbingan Mu‟minin Pada Mencari Redha Rabbil A‟lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 29.
  9. 9. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 9 hukumnya najis seperti tahi, kencing, nanah dan darah melainkan apa yang asalnya berpunca dari haiwan itu sendiri seperti air mani dan telur.19 Selain najis daripada manusia dan haiwan, najis juga boleh berupa padat atau cecair seperti arak (khamar) dan semua cecair yang boleh memabukkan.20 1.5 Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis Terdapat beberapa perkara yang dimaafkan dan tidak dihukum sebagai najis iaitu tempat keluar najis (dubur) sesudah istinja‟ yang menggunakan batu, dimaafkan jika najis yang keluar itu tidak melampaui tempat itu; lumpur di jalanan atau debu dari kotoran tahi di tengah jalan turut dimaafkan walaupun diyakini kenajisannya dengan syarat sukar untuk menjauhi diri daripadanya sehingga orang yang terkena lumpur atau debu itu tidak boleh dituduh cuai atau lalai; seterusnya najis-najis yang melekat di bawah khuf21 secara lazim semuanya jalan raya tidak sunyi daripadanya. Maka najisnya da1`qpat dimaafkan sesudah dikikis semua najis-najis itu sewaktu hendak digunakan; darah nyamuk sama ada sedikit mahu pun banyak, boleh dimaafkan kecuali jika ia melewati batas kebiasaannya sama ada yang melekat di pakaian anda mahu pun pada pakaian orang lain dipakai oleh anda; akhir sekali darah kudis atau bisul atau apa-apa yang terpisah daripadanya seperti nanah atau darah yang bercampur dengan nanah adalah dimaafkan. Ibnu Umar r.a. menggosok bisul di mukanya, lalu keluarlah daripadanya darah. Beliau terus bersembahyang tanpa membasuh darah itu terlebih dahulu. Ini bermaksud segala yang memancar dari kotoran-kotoran bisul yang biasanya keluar terus-menerus, begitu juga kesan-kesan luka akibat bekam atau pembedahan melainkan kalau yang terjadi itu jarang-jarang sekali baik berupa luka atau lain- lainnya, maka hukumnya samalah seperti hukum darah istihadhah (darah yang keluar dari wanita yang menderita sakit), hukumnya tidak boleh dikira sama seperti darah yang keluar dari bisul, yang pada banyak hal manusia tidak berdaya untuk menahannya.22 19 Ibid, h. 29. 20 Op. cit, h. 29. 21 Sepatu yang ditentukan oleh syarak boleh memakainya dalam sembahyang. 22 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990.Bimbingan Mu‟minin Pada Mencari Redha Rabbil A‟lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 30.
  10. 10. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 10 Kesimpulannya, kelonggaran syarak dalam memaafkan najis-najis yang lima tersebut menunjukkan bahawa perkara thaharah atau bersuci itu diletakkan atas kemudahan dan keringanan sehingga ia tiada meninggalkan tempat untuk rasa was-was yang hanya sia-sia bagi manusia.23 2. Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama 2.1 Klasifikasi anjing. Anjing adalah termasuk keluarga Canidae.Ada ahli sains yang mempercayai bahawa anjing berasal daripada dua jenis serigala pada suatu ketika dahulu.Ada juga yang percaya anjing berasal daripada serigala cantuman coyote dan fox.Ia juga pemakan daging atau disebut karnivora24 . Anjing merupakan haiwan peliharaan dan terdapat beberapa tempat di duniayang menternaknya dan menyembelihnya untuk dijadikan sumber protein.Namun wujud juga Negara-negara yang menyayangi anjing sebagai haiwan peliharaan.25 2.2 Anjing dari sudut pandangan Islam. Islam merupakan agama yang mementingkan dan menjaga hak-hak haiwan walaupun haiwan tersebut adalah anjing. Islammelarang perbuatan keji dan menzalimi haiwan sama ada haiwan peliharaan mahu pun haiwan lain yang terdapat di muka bumi ini. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga hak-hak haiwan di muka bumi ini antaranya dengan menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan alam sekitar, hutan-hutan, lautan, pantai, sungai, habitat flaura dan fauna seterusnya mengelakkan aktiviti-aktiviti pembangunan yang boleh mengganggu atau merosakkan ekosistem hidupan haiwan di darat atau di air. Hafiz Firdaus Abdullah, 2005.26 23 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990.Bimbingan Mu‟minin Pada Mencari Redha Rabbil A‟lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 31. 24 Wikipedia. 25 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 233. 26 Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 173.
  11. 11. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 11 Sikap kita terhadap haiwan menjadi kedudukan yang penting di sisi Islam sehingga melibatkan antara syurga dan neraka.27 Terdapat hadith sahih yang menceritakan kepada kita tentang seseorang telah mendapat balasan neraka disebabkan perbuatannya yang zalim terhadap seekor kucing. Hadith tersebut berbunyi : “Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya.Dia tidak memberinya makan mahu pun membebaskannya untuk makan serangga di tanah”.28 Rasulullah s.a.w. turut memberi peringatan kepada umatnya supayatidak menzalimi haiwan. Setiap perbuatan kita semasa hidup akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.tpada Hari Akhirat kelak. Jika kita menjagahubungan yang baik terhadap haiwan serta memenuhi hak-hak haiwan seperti makanan, minuman juga tempat berteduh, maka sudah tentu Allah s.w.t.memberi ganjaran yang baik, sebaliknya jika kita menzalimi haiwan-haiwan tersebut sudah pasti Allah s.w.t. membalasnya dengan azab api neraka.29 Sebagaimana pernyataan dalam hadith sahih berikut30 : “Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia mkn dengan baik”. Dari sudut hukum ke atas daging anjing pula, Islam mengharamkannya atas tiga sebab utama iaitu anjing merupakan binatang buas, anjing itu diharamkan jual beli ke atasnya dan sememangnya anjing itu adalah najis.31 27 Ibid, h. 174. 28 Sahih : Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadith no. 3318. 29 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 174. 30 Sahih : Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh Al-Bani dalam silsilah Al-Hadith Al-Sahihah (Maktabah Riyadh 1995), hadith no. 23. 31 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 234-235.
  12. 12. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 12 Anjing haram di makan kerana sifat buasnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil berikut: Jual beli anjing juga haram hukumnya.Ini bererti jika harganya terlarang maka dagingnya turut menjadi haram. Di antara dalil pengharaman jual beli anjing ialah seperti berikut :
  13. 13. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 13 Anjing juga diharamkan kerana Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w telah menegaskan kenajisan air liur anjing sehingga siapa pun yang menentang hukum ini bererti menentang Allah dan rasulnya. Antara dalil yang menunjukkan bahawa air liur anjing itu najis antaranya ialah seperti berikut : 2.3 Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing di kalangan ulama32 Secara umumnya, para ulama telah sepakat memasukkan anjing ke dalam jenis najis yang berat iaitu najis mughallazah. Istilah berat ini menunjukkan beratnya cara untuk menyucikan najis mughallazah ini iaitu dengan menyucikannya sebanyak tujuh kali air dan salah satunya campuran air dengan tanah. 32 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 236.
  14. 14. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 14 Walaubagaimanapun terdapat perbezaan dari sudut menghukumi anjing sebagai haiwan najis berat di kalangan sebahagian ulama.Sebahagian ulama menghukumi anjing sebagai haiwan yang najis berat pada keseluruhan tubuhnya.Namun ada sebahagian ulama tidak menghukumi najis anjing pada badannya kecuali hanya air liurnya dihukum sebagai najis berat. Berikut adalah pandangan ulama tentang hukum kenajisan anjing yang terdiri daripada Mazhab Al-Hanafiyah, Mazhab Al-Malikyah, Mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Mazhab Al-Hanabilah. 2.3.1 Mazhab Al-Hanafiyah33 Berdasarkan Mazhab Al-Hanafiyah, kenajisan anjing hanya pada air liur, mulut dan kotorannya sahaja. Sementara itu, tubuh dan bahagian-bahagian lainnya bukannya najis.Pendapat Mazhab Al-Hanafiyah ini adalah merujuk secara zahir kepada hadith riwayat Bukhari dan Muslim.Hadith ini menunjukkan bahawa najisnya anjing itu hanya apabila anjing itu minum di suatu wadah air. Maka hanya bahagian mulut dan air liurnya sahaja (termasuk kotorannya) yang dianggap najis. Hadith tersebut adalah seperti berikut : 33 Muhammad Amin Bin Umar Abidin, 2000.Hashiyah Ibn Abidin,Beirut : Dar Al-Fikr, h. jil. 1, h. 204.
  15. 15. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 15 Kemudian diikuti dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad iaitu : 2.3.2 Mazhab Al-Malikiyah34 Mazhab Al-Malikiyah menganggap anjing itu thahirul a‟inyang bermaksud tubuh anjing itu bukan benda najis.Mazhab ini mengatakan bahawa setiap hidup itu adalah suci pada zatnya, termasuk anjing.Air yang memercik daripada bulu anjing yang sedang basah tidak menajiskan sesuatu. Mazhab ini juga menganggap bahawa suruhan Rasulullah s.a.w. untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur tetapi disebabkan oleh ketaatan kepada Allah semata-mata iaitu ta‟abud.Suruhan Rasulullah s.a.w. tersebut terkandung dalam hadith berikut : Mazhab ini turut menyatakan bahawa mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu lebih-lebih lagi anjing mempunyai kebolehan memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan 34 Abu Al-Barakat Ahmad Bin Muhammad, 1986. Asy Syarhu As-Shoghir Ala Aqrobu Al-Masalik Ila Mazhab Al-Imam Al-Malik, Cairo : Dar Al-Ma‟arif, jil. 1, h.43-44.
  16. 16. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 16 adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah Al- Maidah, ayat 4 yang bermaksud : Dengan demikian, berdasrkan gabungan dalil-dalil yang terdiri daripada hadis dan firman Allah yang mana membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, justeru Mazhab Al-Malikiyah telah sepakat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukan najis. Pendapat Mazhab Al-Malikiyah ini berbeza dengan Mazhab Al-Hanafiyah yang mengakui bahawa mulut, lidah dan air liur anjing itu adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis riwayat Bukhari dan Muslim : 2.3.3 Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-Hanabilah35 Kedua-dua Mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Mazhab Al-Hanabilah telah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liur anjing sahaja yang najis tetapi seluruh tubuh anjing itu adalah najis berat atau mughallazah.Segala yang berkait dengan anjing termasuk 35 Al-Khatib Asy-Syarbini, 1997. Mughni Al-Muhtaj Ila Ma‟rifah Ma‟ani Alfaz Al-Manhaj, Cairo :Dar Al- Ma‟rifah, h. 78.
  17. 17. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 17 keturunannya atau haiwan lain yang bersenyawa dengan anjing turut dihukum sebagai najis mughallazah. Dengan itu, bagi menyucikannya mesti menggunakan air sebanyak tujuh kali yang mana salah satunya dengan tanah. Secara rasionalnya kedua mazhab ini tidak hanya mengakui mulut dan air liur anjing sahaja yang najis kerana sudah tentu sumber air liur itu dari badannya maka badannya itu turut merupakan sumber najis.Ini termasuklah sesuatu yang keluar daripada tubuh anjing seperti kencing, kotoran dan keringatnya.Ada pun hadith riwayat Al-Hakim dan Al-Daruquthuny menunjukkan kepada kita bahawa kucing adalah suci dan tidak najis sementara anjing adalah najis. Hadith tersebut adalah seperti berikut : 2.4 Pandangan yang rajih(Kuat)36 Pandangan ulama terhadap kenajisan anjing telah pun dibincangkan dengan terperinci.Salah satu daripada pandangan tersebut merupakan pandangan yang rajih iaitu pendapat yang mengatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya.Ini adalah pandangan yang masyhur daripada Mazhab Al-Malikiyah bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis. 2.5 Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan yang rajih terhadap kenajisan anjing37 Beberapa hujah tentang sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan yang rajih terhadap kenajisan anjing antaranya ialah kaedah qiyas yang digunakan 36 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 178-180. 37 Ibid, h. 178-178.
  18. 18. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 18 untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah, hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha‟if) dan juga hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi‟iyah berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. 2.5.1 Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah38 Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah.Ini kerana asal pengusulan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu Al-Quran dan As- Sunnah.„Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu. Menggunakan qiyas untuk menghukum keseluruhan anjing sebagai najis dianggap lemah kerana anjing pada asalnya sudah wujud pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum ke atasnya. Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang asal, iaitu halal, harus atau bersih. Allah berfirman : 38 .Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 179.
  19. 19. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 19 Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing bererti hukum anjing kembali kepada yang asal iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis. 2.5.2 Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan keranaada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif)39 Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif). Syaikh „Adl Ahmad Abd Al-Mawjud dan Syaikh „Ali Muhammad Ma′wudh ketika mentakhrij hadis tersebut40 : 39 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 180-181. 40 Ali Bin Umar Ad-Dar Al-Qthuni, 2001.Sunan Al-Daruquthni, Beirut : Dar Al-Ma‟rifah, jil. 1, h. 171.
  20. 20. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 20 Demikian takhrij oleh Syaikh „Adl Ahmad Abd Al-Mawjud dan Syaikh Ali Muhammad Ma′wudh. Selain itu, al-Daruquthni dan Al-Baihaqi menilai Isa Bin Al- Musayyab sebagai “ Shalih al-Hadis”. Namun begitu dalam ilmu hadis ada diterangkan bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut. Oleh kerana itu, Syaikh Syuaib AlMau′uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan Al-Daruquthni (Muassasah Al-Risalah, Beirut, 2004), jilid satu, muka surat 103 telah mengklasifikasikan hadith ini sebagai hadith daif. Dengan itu, hadith daif tidak boleh dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum. 2.5.3 Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi’iyah berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana- mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut41 Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Al-Syafi‟iyah berakhir dengan lafaz “ Sesungguhnya kucing bukan najis” yang mana lafaz ini tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan Al- Daruquthni adalah seperti berikut : Oleh itu Al-Hafiz Al-„Iraqi telah berkata42 : 41 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 182-183. 42 Abu Al-Fadhl Zainuddin Abd Ar-Rahim Bin Al-Husain.Thahr Al-Tathrib Fi Syarhi Al-Taqrib, Beirut : Dar
  21. 21. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 21 Sesungguhnya yang disebut adalah sabda Nabi s.a.w. Kesimpulannya, hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut iaitu kelemahan pada sanadnya dan juga tambahan lafaz “ Sesungguhnya kucing bukan najis” yang mana pada hakikatnya ia tidak wujud ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadith. Al-Fikr, jil.2, h. 123.
  22. 22. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 22 2.6 Suruhanmenyucikan bekas yang dijilatanjing walaupun bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah43 Hadith yang mengkehendakkan supaya menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing itu tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis sebagaimana kita manusia juga disuruh berwudhu dan bertayammum.Suruhan ini tidaklah bererti kita adalah najis. Akan tetapi ia adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata. Dengan itu hendaklah menyucikan bekas yang dijilat anjing berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. Yng menyuruh kita mencuci jilatan anjing tersebut. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah s.a.w. 43 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 187.
  23. 23. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 23 Rumusan Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing di kalangan ulama yang terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Al-Hanafiyah, Mazhab Al-Malikiyah, Mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Mazhab Al- Hanabilah. Mereka berbeza pendapat tentang kenajisan tubuh anjing sama ada najis pada seluruh tubuhnya atau hanya pada mulut, lidah dan air liurnya sahaja yang dihukum najis. Mazhab Al-Malikiyah mengatakan bahawa selain air kencing, tahi atau kotoran yang keluar dari tubuh anjing, maka keseluruhan tubuh anjing itu adalah bukan najis hukumnya.Termasuklah bekas yang dijilat anjing tetapi hendaklah menyucikannya atas dasar ia bukannya najis tetapi atas dasar ketaatan kepada perintah Raslullah s.a.w. Bagi Mazhab Al-Hanafiyah pula seluruh tubuh anjing itu adalah tidak najis kecuali mulut, lidah dan air liur anjing sahaja yang hukumnya adalah najis.Bagi Mazhab Al-Hanafiyah juga air kencing, tahi atau kotoran yang keluar dari tubuh anjing turut dihukum sebagai najis. Walaubagaimanapun Mazhab Asy-Syafi‟iyah dan Mazhab Al-Hanabilah mengakui bahawa seluruh tubuh anjing mahupun air liur atau apa sahaja yang keluar dari tubuh anjing atau segala keturunan anjing itu atau haiwan lain yang menjalankan persenyawaan dengannya semua itu adalah najis mughallazah. Pandangan yang rajih (Kuat) antara pandangan-pandangan ulama tersebut ialah pandangan Mazhab Al- Malikiyah dan hal ini disertai dengan sokongan dalil-dalil tertentu serta perbandingan yang turut diambil kira dalam menentukan pendapat paling rajih.Sebab- sebab pandangan Mazhab Al-Malikiyah merupakan pandanganyang rajih terhadap kenajisan anjing ialah kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis
  24. 24. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 24 adalah qiyas yang lemah, hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif) dan sebab terakhir ialah hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi‟iyah berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Suruhan menyucikan bekas yang dijilat anjin walaupun bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah.
  25. 25. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 25 Bibiliografi Abu Al-Fadhl Zainuddin Abd Ar-Rahim Bin Al-Husain.Thahr Al-Tathrib Fi Syarhi Al- Taqrib, Beirut : Dar Al-Fikr. Abu Al-Barakat Ahmad Bin Muhammad, 1986. Asy Syarhu As-Shoghir Ala Aqrobu Al- Masalik Ila Mazhab Al-Imam Al-Malik, Cairo : Dar Al-Ma‟arif. Abu Ishak Ibrahim Bin Ali Ibn Yusuf Asy-Syirazi, 1425. Al-Muhazzib Fi Fiqh Al-Imam Asy- Syafi‟ei Lishshirazi, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah. Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing. Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing. Ahmad Bin Muhammad Al- Thahthawi, 1231. Hasyiyah Al-Thahthawi A‟la Al- Maraqi Al- Falah Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah. Ali Bin Umar Ad-Dar Al-Qthuni, 2001.Sunan Al-Daruquthni, Beirut : Dar Al-Ma‟rifah. Al-Khatib Asy-Syarbini, 1997. Mughni Al-Muhtaj Ila Ma‟rifah Ma‟ani Alfaz Al-Manhaj, Cairo :Dar Al-Ma‟rifah. Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa.
  26. 26. KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 26 Ibnu Muhammad El-Fandahani, 2008.Kaifiyat Bersuci Lengkap Dengan Dalil-dalil Serta Pendapat Para Imam Mujtahid, Selangor Darul Ehsan : Cresent News (K.L) Sdn. Bhd. Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd. Muhammad Amin Bin Umar Abidin, 2000.Hashiyah Ibn Abidin,Beirut : Dar Al-Fikr. Muhammad Khalaf Al-Qaz‟al, 2005.Fikah Ibadat Mazhab Imam Syafii Karya Asal (Bahasa Arab “Fiqh Ibadah Al- Muyassar), Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, h. 12. Muhammad Al-Dasuqi.Hasyiyah Al-Dasuqi A‟la Asy-Syarh Al-Kabir,Cairo : Dar Ihya‟ Al- Kutub Al-Arabiah. Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990.Bimbingan Mu‟minin Pada Mencari Redha Rabbil A‟lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 31. Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A‟la Syarhi Al- Mahalli A‟la Minhaj At-Tolibina‟lal, Beirut : Darul Kutub Al-„Ilmiyyah. Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS 3063, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 11.

×