Inspirasi

Wira Malaysia Yang Tidak Didendang.

Oleh C.O.M  •  4 Feb 2016  •  3 min baca

Namanya Sani Araby Al Kahery. Masih awal 30-an, dan untuk yang mengikuti perkembangan Gaza, mungkin ada terbaca tentangnya.

Dia menjadi antara rakyat Malaysia yang berada di Gaza semasa diserang Israel pada tahun 2012.

Dia tidak mengangkat senjata, tetapi mengangkat kamera dan berbicara tentang sengsara rakyat Palestin, berusaha mengumpul dana dari dalam Kota Gaza pada ketika Gaza dibedil hebat.

Baru-baru ini saya (penulis) berpeluang mengikuti beliau untuk misi kemanusian ke Syria. Untuk dia, ini adalah misi ke-6 beliau ke Syria. Lalu, di situ saya mula mengenali tentang dia.

Memang sebelum ini tahu dia ahli perniagaan, yang saya tidak tahu, semasa di universiti beliau adalah pelajar TESL yang cemerlang dalam pelajaran, juga aktif dalam persatuan.

Pernah menjadi pensyarah dan ditawarkan untuk meneruskan master sekaligus phd, tetapi minatnya dalam perniagaan membuatkan dia nekad untuk menolak tawaran itu.

Pernah beberapa kali jatuh dalam perniagaan dan itu membuatkan dia bangkit untuk menjadi semakin kuat. Dan akhirnya, dia kini memiliki beberapa buah syarikat yang memberi pulangan juta.

Dengan status begitu, saya mula tertanya-tanya, mengapa dia bersusah payah untuk terus menyertai MAPIM, sebuah NGO dan seterusnya menjadi pengarah strategik di situ? Malah bertarung nyawa. Pernah beberapa kali menerima ugutan bunuh, dan juga ditahan ISIS.

Mengapa juga dia bersusah payah pergi ke sana sini? Dari Gaza ke Syria, sampai Burma ke Uyghur? Sedangkan di Malaysia semua nikmat dunia sudah tersedia untuk dia.

Pada mulanya, saya fikir mungkin kerana dia sudah kaya, jadi dia mahukan advanture. Sehinggalah saya merasa sendiri pengalaman berada dalam misi kemanusian. Rasa adventure itu hanya di dalam kapal terbang.

Mendarat sahaja, ia sudah menjadi satu kerja yang sangat berat. Sudah tidak terfikir lagi waktu untuk adventure, yang ada hanya memikirkan untuk menyelesaikan kerja kemanusian yang menyentuh hati.

Sehinggalah akhirnya dia membuka bicara, “Ini kerja ummah, bukan kerja saya. Walaupun agak ragu-ragu juga pada mulanya meninggalkan perniagaan di Malaysia untuk kembara ke sana sini, tetapi perancangan Allah itu lebih baik.

Pada setiap misi, saya malah bertemu lebih ramai jutawan yang banyak memberi nasihat. Malah perniagaan yang saya tinggalkan, semakin berkembang. Alhamdulillah.”

Dia berhenti sebentar. Wajahnya kelihatan berat untuk melanjutkan bicara. Namun selepas diasak dia kembali berkata,

“Bertemu para jutawan yang sudah hampir menjadi billionaire, bukan sahaja mendapat nasihat dalam perniagaan, tetapi peringatan bahawa,

sekaya manapun kita, ia tetap bukan harta kita selagi mana ia tidak dibelanjakan di jalan Tuhan. Inilah antara jalannya.”

“Bukan lebih mudah beri duit saja? Tak payah susah-susah pergi?” Saya memprovokasi.

“Untuk yang miskin, wang sahaja mungkin cukup tanpa kehadiran jiwa-jiwa manusia. Tetapi dalam suasana perang, dalam suasana kemiskinan yang sangat melarat, wang sahaja tidak pernah cukup. Emosi mereka sudah hancur. Sudah hancur!

Kita datang ke sini untuk membantu mereka kembali percaya diri. Bahawa sentiasa ada yang menyokong mereka, sentiasa ada yang memberikan mereka doa.

Kebajikan ini bukan sahaja pada material, tetapi juga yang paling utama adalah pada emosi dan perasaan. Pada ketika dalaman mereka kuat, mereka akan mampu bangkit untuk menjadi lebih kuat.”

Saya akhirnya mengerti perkara itu. Dia bersusah payah menghadirkan diri untuk ke setiap lokasi konflik, hanya untuk mewakili jutaan rakyat Malaysia, bagi memberitahu,

“Rakyat Malaysia bersama dengan kamu.”

Dia adalah wira Malaysia yang tidak didendang.

http://www.tabungsyria.com/

Kredit gambar:Facebook


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

C.O.M

Page Facebook yang bercerita tentang orang-orang di Malaysia. Sama ada warganegara ataupun pendatang tanpa izin.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami