Ibadah

Wanita Yang Mengorbankan Solekan Kerana Ingin Berwuduk

Oleh Natirah Azira  •  9 Feb 2019

Video ini mengandungi kisah tentang seorang wanita yang akan berkahwin – majlis perkahwinannya berjalan pada malam hari.

Ketika selesai solat Maghrib, dia lalu mengenakan solekan dan bersiap untuk majlis perkahwinannya, namun tiba-tiba dia menyedari bahawa wuduknya untuk Solat Isya’ telah terbatal.

Dia ingin mengambil wuduk semula, namun ditegah oleh ibunya kerana tetamu sudah menunggu dan majlis akan berjalan lambat.

Namun wanita ini tetap bertegas untuk mengambil wuduk dan solat Isya’ terlebih dahulu sebelum majlis bermula. Dia tidak peduli solekannya akan hilang dan jika dia perlu tampil tanpa solekan sekalipun.

Namun, ditakdirkan bahawa dia akhirnya meninggal dunia ketika sedang sujud. Subhanallah, kerana dia mendahulukan Allah, maka Allah memberikannya pengakhiran yang mulia. Dan kelak dia akan dibangkitkan kembali dalam keadaan bersujud kepada Allah.

Ramai wanita sekarang lebih mementingkan solekan dan rasa susah jika terpaksa mengulang solekan jika ingin berwuduk dan solat.

Namun sebenarnya tidak ada kerugian bagi mereka yang mengutamakan Allah dalam setiap sudut kehidupan. Yakinlah pengorbanan kecil kita untuk bersuci – untuk menghadapNya dalam solat pasti akan dibalas dengan sebaik-baik balasan.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami