Inspirasi

Waktu Yang Berdetik Tidak Menunggu Sesiapa

Oleh Natirah Azira  •  26 Feb 2019

(Video diatas disampaikan oleh Mufti Menk, dibawakan oleh IluvUAllah)

Orang kafir Quraisy sering bertanya kepada Rasulullah SAW, bilakah masanya akan tiba hukuman dan azab yang sering dikatakan.

Lalu Allah menurunkan ayat,

Jawablah (wahai Muhammad): “Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun, dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya”. (Surah Saba’ 34:30)

Dari ayat ini, kita diingatkan bahawa setiap manusia diberi tempoh waktu yang spesifik dan sudah ditetapkan oleh Allah. Setiap manusia diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Peringatan demi peringatan diberikan sepanjang tempoh waktu tersebut.

Detik demi detik berlalu. Katakan kita diberi masa 9490 hari untuk hidup, bersamaan tempoh 26 tahun. Dan sehari demi sehari ianya tertolak, maka berapakah lagi masa yang tinggal?

Sesungguhnya peringatan tentang masa itu benar. Peringatan tentang datangnya saat kematian itu benar. Ia bukan sekadar cerita, tetapi hal yang akan tiba, tanpa kita sedar tentangnya.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami