Gaya Hidup, Remaja

Wahai Penuntut Ilmu, Jangan Cepat Berputus Asa

Oleh Fizah Lee  •  22 Jun 2020  •  2 min baca

Semenjak dunia dilanda wabak COVID-19, semua keadaan di sekeliling kita berubah dengan terpaksa menjalani norma baharu.

Perkara yang sebelum ini jarang kita amalkan atau tidak pernah kita lakukan, hari ini kita perlu melaluinya, sama ada suka atau tidak kerana ia adalah sebagai salah satu usaha untuk membendung diri kita daripada rantaian virus ini.

Begitu juga dengan kehidupan para pelajar. Semuanya perlu menjalani kehidupan baharu. Pengajian kelas secara atas talian merupakan sebuah keperluan pada masa ini.

Apabila melihat kepada keadaan semasa, ramai dalam kalangan mereka yang mula berjinak-jinak dengan pengajian fasa ini.

Walaupun ada yang selesa dan boleh menerima keadaan tersebut dengan baik, namun terdapat juga dalam kalangan pelajar yang masih lagi sedang berusaha untuk menyesuaikan keadaan tersebut.

Ditambah pula dengan masalah yang terpaksa dialami seperti keadaan rumah yang tidak berapa kondusif, capaian internet yang kurang memuaskan dan juga masalah laptop atau komputer yang tidak dapat digunakan dengan baik.

Walau bagaimanapun, sebagai pelajar yang sedang menghadapi jalan jihad, iaitu perjuangan menuntut ilmu – bersabar dan teruskan berjuang bagi menempuh kejayaan.

Itu adalah kunci utama dalam pelajaran. Setiap kesusahan, pasti akan diganjari kelebihan dan pahala yang besar olehNya. Justeru, jangan cepat mengalah dan berasa lemah dengan ujian yang dihadapi.

Bahkan, terdapat banyak dalil yang disebutkan bagi memberi semangat dan menambah tenaga anda dalam menghadapi perjuangan menuntut ilmu.

#1 – Allah Meninggikan Darjatnya

Mafhum: “Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadilah, 85:11)

#2 – Dipermudahkan Jalannya Ke Syurga

Maksud: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan untuk ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 4687)

#3 – Anjuran Bersabar Supaya Bertaqwa

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kmu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran, 3:200)

Kesimpulan

Menuntut ilmu ialah kewajipan bagi semua orang. Ia adalah ibadah dan perjalanannya merupakan sebuah jihad yang memerlukan kesabaran dan kekuatan yang tinggi.

Justeru, apabila merasa berputus asa dengan perjalanan yang penuh dengan liku-likunya, jangan cepat mengalah. Sebaliknya terus bangkit dan berjalan kerana kepahitan yang dirasai hari ini pasti akan membuahkan hasil yang cukup manis.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami