Wanita

”Wahai Hawa, Kamu Itu Ada Dua Pilihan”

Oleh Marina  •  3 Dec 2016  •  3 min baca

Hujan renyai-renyai pagi itu. Sambil memandang ke arah luar tingkap, Hawa mengimbau kenangannya semasa menuntut di universiti suatu masa dahulu. Sudah empat tahun setengah dia meninggalkan tempat yang membuatkan dirinya cinta kepada ilmu.

Rindu mula menggamit relung hatinya. Satu-persatu wajah gurunya terlintas dalam fikiran.

Tiba-tiba, dia teringat akan nasihat salah seorang gurunya suatu masa dahulu.

“Hawa, kamu punyai dua pilihan, sama ada mahu menjadi sebaik-baik perhiasan dunia atau menjadi seburuk-buruk fitnah di dunia.”

“Apa maksud daripada dua pilihan itu, ustaz? Saya tak faham.” Tanya Hawa yang ketika itu memang agak jahil dalam bab-bab agama.

“Hawa, dalam hidup ini kita sentiasa membuat pilihan. Bahkan, setiap hari selepas kita bangun dari tidur, kita perlu membuat pilihan.” Tambah gurunya lagi.

“Begitu juga dengan diri kamu. Ustaz nak tanya, apa matlamat kamu hidup di dunia ini?” Soal ustaz pada Hawa yang mendengar dengan tekun apa yang ingin disampaikan oleh gurunya itu.

“Erm, saya mahu hidup bahagia di dunia dan akhirat di sana nanti ustaz.” Jawab Hawa ringkas.

“Alhamdulillah, bagus matlamat hidup kamu. Tetapi, bagaimana kita nak capai bahagia di sini (dunia) dan di sana (akhirat) nanti jika kita tak ikut aturan yang Allah dah tetapkan?” balas gurunya lagi.

“Hawa, pesanlah pada diri kamu juga teman-temanmu nanti, buatlah pilihan yang bijak dalam hidup. Pilihlah sama ada mahu menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia ini iaitu dengan menjadi wanita solehah yang taat akan perintah Allah ataupun mahu menjadi seburuk-buruk fitnah di dunia iaitu ingkar akan segala perintahNya.” Sambung gurunya dengan panjang lebar.

“Oh begitu, baru saya faham. Alhamdulillah, terima kasih ustaz atas peringatan yang amat berguna ini.”

Tersentak Hawa daripada lamunannya tatkala ibunya memanggil dari arah dapur. Sungguh, amat bermakna peringatan gurunya itu sehingga membawa perubahan besar dalam hidupnya. Dia benar-benar terkesan akan nasihat tersebut.

Perhatikanlah juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita solehah.”

Hadis Riwayat An-Nasai Dan Ahmad

Juga, riwayat Muslim ada menyatakan, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnhya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”

Pilihan ini terletak pada diri masing-masing. Sejauh mana kecintaan kita kepada Allah dan juga RasulNya. Bahkan, ia turut menjadi kayu ukur bagi iman seseorang.

Jika kita memilih untuk menjadi seburuk-buruk fitnah, maka beringatlah akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Aku tidak meninggalkan satu fitnah (ujian) pun yang lebih membahayakan para lelaki melainkan fitnah (ujian) daripada wanita.”

Hadis Riwayat Bukhari

Begitulah peringatan Rasulullah SAW terhadap kaum lelaki agar berhati-hati dengan ujian yang datang daripada kaum wanita. Sungguh, kuasa wanita amat besar dan luar biasa jika tidak dikawal dengan iman. Wahai kaum hawa, buatlah pilihan yang tepat agar kalian tidak menjadi salah seorang penyebab hancurnya iman umat Muhammad SAW bernama Adam.

“Pakaikanlah pakaian taqwa, maka engkau akan menjadi wanita tercantik di dunia.”

Dr.Aidh al-Qarni

Sentiasalah berdoa agar diperbaiki setiap urusan dalam kehidupan sepertimana doa berikut;

“Wahai Tuhan, yang hidup dan berdiri sendiri dengan rahmat dan kasih sayangMu, aku memohon pertolongan kepadamu. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap Urusanku.”

Doa Fatimah r.anha, puteri Rasulullah SAW


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami