Keluarga

“Ustaz, Saya Selalu Pukul Anak Saya”

Oleh Ebit Liew  •  23 Nov 2019  •  2 min baca

Pernah seorang wanita mesej saya bertanya jalan keluar daripada masalahnya. Dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah.

Macam mana saya tidak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya, ustaz.

Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tidak tahan terus begini, saya marah dan pukul selepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.

Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang.

Belajarlah melihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyakkan bertaubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.

Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak.

Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.

Cucu Rasulullah S.A.W dan sahabat yang kecil-kecil ada yang pernah pecahkan barang, main di belakang Nabi SAW masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah SAW.

Tetapi Rasulullah SAW tidak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah SAW. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka. Sekarang ramai orang yang semakin alpa terhadap anak-anak. Kita pandang dan beri perhatian pada phone.

Kita tidak memberikan perhatian kepada keluarga yang kita kata kita sayang mereka. Kita beri perhatian kepada kerja dan kawan-kawan. Kita tidak berikan perhatian kepada keluarga. Apa dah jadi dengan kita? Ya Allah ampunkan kealpaan diriku ini.

Anak-anak dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tetapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang.

Kita sendiri yang sudah besar ini pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak, nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak-anak. Sayangi dan belailah anak-anak.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami