Inspirasi

Usah Menunggu Waktu Sukar, Banyakkan Berdoa Waktu Senang

Oleh Natirah Azira  •  10 Aug 2020  •  2 min baca

Tidak siapa yang mengetahui apa yang akan ada dalam perjalanan hidup dirinya mahupun orang lain pada masa hadapan. Yang mampu dilakukan, hanyalah melakukan jangkaan berdasarkan pengalaman dan apa yang telah dilalui.

Biasanya kita paling terkejut menghadapi sesuatu apabila ia langsung tidak kita jangka. Contohnya hidup yang senang tiba-tiba diuji dengan kesusahan, yang lapang diuji dengan kesempitan manakala yang kaya diuji dengan kesusahan.

Dan pada saat sukarlah kita paling memerlukan pertolongan daripada orang di sekeliling. Waktu itulah juga kita akan mula mencari pertolongan daripada Tuhan.

Lalu Allah ada menyebutkan tentang sifat manusia itu yang merintih saat kesusahan dan apabila dia telah dikeluarkan daripada kesusahan tersebut, dia kembali menjauhkan diri daripada Allah seolah-olah lupa siapa yang telah menolongnya.

Rasulullah SAW pernah berpesan,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرَبِ، فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Maksudnya: “Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, maka hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.” (Riwayat al-Tirmizi, no.3382 dan Abu Ya’la dalam Musnadnya, no.6396)

Ia menggambarkan bahawa kita bukan hanya hamba yang mencari Allah saat susah sahaja. Jika kita berteman dengan seseorang, atau mempunyai seseorang yang rapat, kita juga tidak suka diri dicari apabila ingin diminta pertolongan. Allah pasti lebih suka apabila kita mengingatNya ketika senang dan susah.

Justeru perbanyakkanlah berdoa saat senang dan lapang. Itulah sebenarnya saat kita benar-benar diuji dengan keikhlasan dan kebergantungan kepada Tuhan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami