Inspirasi

Untuk Berjaya, Biarkan Haters Dengan Labu-Labunya

Oleh Saiful Nang  •  2 Dec 2015  •  3 min baca

Semasa saya seorang jurugambar, saya tidak berapa gemar untuk melepak gajet. Mereka panggil TT tapi banyak TT yang saya hadir adalah medan nak tayang lens dan kamera baru.

Saya sentiasa pergi tanpa kamera. Tapi lebih untuk berkongsi pengalaman dan mengambil cedok ilmu dari yang lain juga.

Memang saya sukar ditemui dalam ruang sosial di kedai mamak. Bukan sombong cuma masa sangat berharga. Banyak kerja nak kena buat. Walaupun orang kata kita sombong…itu hak mereka.

Saya bersara dari jurugambar perkahwinan pada tahun 2013 secara official. Bukan kerana sudah tidak laku, tetapi kerana diversify perniagaan yang mula dilakukan pada awal 2009 telah menampakkan hasil positif.

Beberapa perniagaan telah berkembang baik pada tahun itu sehingga masa untuk saya mengambil foto perkahwinan menjadi sangat terbatas.

Berubah dan Berevolusi

Ada anak didik derhaka saya yang keluar statement “BILA FOTOGRAFER DAH BUAT KELAS, MAKNANYA DAH TAK ADA JOB”. Tapi hari ini mungkin saya boleh pulangkan statement yang sama kepada dia. Tapi, biarlah dia jilat apa yang diludahnya sendiri. Kita buat kerja sendiri sudahlah.

Mengapa?

Dunia ini juga satu evolusi. Hari ini kita jadi anak, besok lusa kita dah jadi bapak. Seterusnya jadi atuk dan moyang pula. Dulu kita mula business sebagai jurugambar dan dengan pengalaman mentadbir perniagaan kecil itu kita mampu melangkah ke perniagaan lain yang lebih besar.

Bukan kita terus tersekat di satu takuk selama-lamanya.

Hari ini mungkin awak seorang fotografer, lagi 50 tahun mungkin awak seorang fotografer juga dan itu semua hak peribadi awak. Tapi tidak sampai awak anggap berdosa kepada orang yang menjalani evolusi perniagaan dan kerjaya mereka.

Mereka ini sentiasa berubah. Kalau dulu taukey gambar kahwin, selepas 10 tahun dah jadi taukey syarikat-syarikat percetakan digital, galeri, akademi, import & trading, travel, fabric, kilang jahit, apparel, consultancy dan itu bukankah satu perkembangan sihat. Tapi itu juga pilihan.

Awak boleh memandu kereta ke Utara dan berhenti di Butterworth dan berumah di sana sampai mati. Itu hak kamu. Tapi jangan juga sekat orang yang nak memandu sampai ke London.

Hari ini, sering kali kita digelar SALAH oleh mereka yang tidak sejalan dengan kita. Dalam masa yang sama, kita juga boleh kata mereka SALAH kerana tidak berevolusi seperti kita. Tetapi, nak buat apa bergaduh…bukankah elok kita hormati keputusan masing-masing.

Saya menulis ini untuk membangkitkan rakan-rakan saya yang lama dahulu untuk berfikir sentiasa ada jalan lebih dari satu jalan. Yang penting kita tidak lupa ke pangkal jalan. Jangan takut buat perubahan jangan takut berevolusi asalkan maju.

Jangan takut gagal jika mahu menang.

Jangan takut dihina jika mahu ke depan.

Pernah saya ceritakan, bagaimana dengan RM90 dan sehingga hari ini tanpa hutang, tanpa pinjaman dan tanpa kemudahan-kemudahan dari bank semua ini boleh dibangunkan?

Ingat, kita hanya perlu jadi positif. Kerana caj positif secara sains tidak bergerak. Biarkan mereka yang negatif itu bergerak. Namun perlu kita tahu, dengan menjadi positif sahaja kita akan mampu menjana tenaga dari pergerakan caj negatif tadi.

Biarlah pergerakan mereka berterusan menjadi tenaga untuk kita terus melangkah. Jangan takut pada manusia jika kita tahu dengan yakin bahawa Allah bersama kita.

Jika awak nak berjaya tanpa haters, awak mungkin anggap diri awak semulia nabi. Kerana nabi juga ada penentang. Saya sudah cuba lakukannya, tanpa menggangu orang lain pun kita dibenci.

Bila orang mula bercakap belakang tentang kita, itulah tanda besar kita berada di hadapan mereka.

Teruskan berjalan

Gambar moringasalons


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saiful Nang

Saiful Nang

Executive Chairman, Pengasas Bersama Rumah Kebajikan, Motivator, Dyslexic, Film Director, Cikgu, Ph.D candidate, Book Writer, Art Director, Sarcastic Facebook Status Poster. Rumah Pengasih Warga Prihatin ialah cinta hati saya. Isteri dan anak saya ialah teman sejati saya. Kerjaya saya ialah hobi saya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami