Berita

UNHCR Digesa Menyiasat Kerajaan China Berkenaan Isu Penuaian Organ

Oleh Natirah Azira  •  9 Oct 2019  •  3 min baca

Krisis di China berkaitan penahanan dan pembunuhan rakyat di wilayah Xinjiang Uighur sehingga kini masih belum selesai. Tular pula berita bahawa berlakunya aktiviti penuaian organ yang dilakukan kepada tahanan-tahanan ini.

Sebuah Tribunal China telah ditubuhkan bagi menyiasat hal ini. Tribunal tersebut telah digagaskan oleh International Coalition to End Transplant Abuse in China (Etac), sebuah gerakan yang menentang aktiviti penuaian organ secara haram di China.

Ahlinya termasuklah pakar perubatan. Hasil maklumat yang didapati daripada beberapa hospital memberitahu bahawa sumber sejumlah organ yang diperoleh adalah daripada pengikut Falun Gong.

Seorang bekas tahanan daripada kumpulan aktivis Falun Gong memberitahu The Guardian, bahawa setelah sebulan berada di kem tahanan, setiap orang tangannya digari, dimasukkan ke dalam van dan dibawa ke hospital yang besar. Mereka melalui pemeriksaan fizikal, X-ray dan juga ujian darah. Melalui pengalaman tersebut, mereka mempercayai bahawa ia adalah ujian untuk proses pemilihan organ yang bersesuaian.

Banyak kenyataan dan juga rakaman-rakaman dalam tahanan yang telah tersebar di internet, sekaligus mengundang kemarahan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Han Yu, anak kepada seorang tahanan yang meninggal dunia dalam tahanan, ketika menerima jenazah ayahnya mendapati bahawa terdapat kesan jahitan pada badan ayahnya bermula daripada bahagian kerongkong hingga ke bahagian abdomen. Apabila badan ayahnya ditekan, didapati bahawa badannya hanya dipenuhi dengan ais, dan organ dalaman ayahnya telah tiada. Walaupun insiden tersebut berlaku pada tahun 2004, dipercayai bahawa aktiviti penuaian organ masih berlaku sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun pada tahun 2014, China mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghentikan amalan ‘menuai organ’ banduan-banduan penjara, dalam masa yang sama menolak tuduhan tersebut.

Pengikut Falun Gong dan juga orang Islam Uighur juga memberi kenyataan bahawa mereka melalui ujian perubatan berulang kali sepanjang berada dalam tahanan.

Hamid Sabi, peguam yang mewakili tribunal tersebut telah membentangkan hasil siasatan tribunal kepada United Nation Human Rights Council (UNHCR) serta menggesa pihak UNHCR bagi mengambil langkah yang wajar.

Mengikut satu laporan, sebanyak 90,000 operasi pemindahan organ berlaku di China dalam masa setahun. Ia adalah angka yang sangat tinggi, dan tempoh menunggu untuk melalui prosedur pemindahan tersebut hanya mengambil masa sekitar dua minggu, sekaligus mengundang tanda tanya.

Hasil dapatan siasatan mereka mendapati, pembunuhan dan penuaian organ komuniti Falun Gong telah berlangsung sekurang-kurangnya 20 tahun. Ia juga dipercayai dilakukan terhadap tahanan pengamal agama lain seperti Muslim Uighur, Tibet dan Kristian.

Hamid Sabi dalam hujahannya menganggap bahawa tindakan penuaian organ ini adalah satu proses penghapusan etnik minoriti China yang berpegang dengan kepercayaan agama. Menurut beliau lagi, proses penuaian organ tersebut dilakukan dalam keadaan tahanan masih hidup.

Mengikut Tribunal China lagi, industri ini menyumbang kepada penjanaan 1 billion dolar setahun kepada kerajaan China.

Beberapa negara seperti Belgium, Itali, Norway, Sepanyol dan Taiwan juga telah mengharamkan perjalanan ke negara China atas tujuan pemindahan organ.

Baca juga: Krisis Masyarakat Islam Uighur


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami