Ulasan Buku

Ulasan Buku : ‘Soalan Maut Untuk Ustaz’

Oleh Fazli Abdullah  •  25 Jan 2020  •  3 min baca

‘Soalan Maut Untuk Ustaz’ adalah antara buku yang menarik untuk dimiliki dan ditelaah kita bersama.

Di muka hadapannya kelihatan dua personaliti yang mungkin atau pasti ramai yang mengetahui dan mengikuti mereka iaitu Saudara Ahmad Fedtri Yahya dan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi. Turut terpampang dua dialog yang terukir di bahagian atas cover hadapan buku ini iaitu:

“Siapa makan cili, dia terasa pedas…”

“Biar pedas sekarang, daripada panas kemudian.”

Ia menjadikan saya lebih tertarik untuk mendapatkan dan membaca lebih dalam tentang buku ini. Ringkas tetapi rasa tepat ke dalam hati. Lalu saya lihat pula apa sinopsis buku ini di bahagian belakang.

Rupanya ia memaparkan beberapa soalan yang terdapat di dalam buku ini. Soalan-soalan yang ditunjuk memang panas-panas belaka.

Tepat sekali tajuk buku ini iaitu soalan maut. Di sini saya senaraikan beberapa soalan maut yang ditulis di belakang buku ini iaitu:

“Ustaz, saya tidak solat pun kaya juga. Ustaz kaya macam saya?”

“Saya bukan tidak mahu bertudung. Cuma saya belum bersedia lagi. Buat apa bertudung sekiranya tidak ikhlas?”

“Buat apa solat, sekiranya mulut jahat, ustaz. Solat pun sibuk bergosip. Solat pun kuat fitnah.”

Nah! Itu baru tiga soalan yang saya senaraikan. Masih banyak lagi soalan-soalan lain yang boleh membuatkan sebahagian daripada kita sedang teraba-raba mencari ilmu pun merasa benar dengan kenyataan mereka.

Bagaimana kalau kawan kita yang memberi soalan dan hujah seperti tiga soalan di atas? Kita hanya mendiamkan diri? Kita mengangguk setuju?

Dapatkan buku ini untuk mendapatkan jawapannya. Jangan biarkan kemusykilan terus menghantui diri kita. Kita perlu dapatkan jawapannya.

Buku Yang Sesuai Untuk Anak Muda

Sebahagian anak muda tidak suka membaca buku-buku ilmiah dan berinformasi kerana penggunaan bahasa dan ayatnya yang agar tinggi dan rumit.

Penggunaan istilah yang jarang-jarang ditemui pula membuatkan diri tidak faham dan tidak jelas dengan apa yang ingin disampaikan.

Jadi buku ini walau soalannya panas dan berat tetapi jawapannya dijelaskan dalam bentuk yang santai dan mudah difahami.

Insha Allah, kita boleh hadam dengan apa yang mahu dikongsikan di dalam buku ini. Tidak perlu mengerutkan dahi tetapi kita akan senyum kepuasan kerana mendapat jawapan yang pasti.

Soalan Pedas Tetapi Jawapan Menyejukkannya

Sekali kita baca soalan panas yang ditanya memang tersentak sejenak. Ada yang tergugat pula apabila diberi soalan sebegini. Tidak mengeleng tetapi mengiyakan pula.

“Iya tak iya jugakan.”

Ia sungguh menakutkan sekali kerana sebahagian daripada kita banyak menggunakan alasan dan hujah yang batil dan dangkal untuk menutup kesalahan sendiri.

Salah dianggap benar kerana sudah merasa hebat memberi hujah mengikut logik akal namun tidak turut berdasarkan ilmu yang benar.

Alhamdulillah, dengan kehadiran buku ini dapatlah menjawab pelbagai soalan yang berlegar di sekitar kita. Kita baca kita dapat. Kita dapat kita sebarkan pula.

Soalan walaupun panas tetapi jawapannya dapat meredakan kegusaran kita. Jangan risau kerana Islam telah menjawab segalanya. Cuma kita sahaja yang tidak mencari penyelesaian dan jawapannya.

Kesimpulan

Malu bertanya, sesat jalan. Ada baiknya orang bertanya kerana orang lain turut mendapat manfaatnya. Tidak semua berani bertanya kerana takut, ditertawakan orang, malu dan bermacam lagi rasa di hati.

Soalan seperti anak kunci dan ilmu adalah seperti sebuah gudang yang memiliki barang berharga dan bernilai. Jika anak kunci tiada, bagaimana kita mahu memiliki barang berharga itu?

Dengan ilmu, manusia dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Tetapi janganlah sekadar tahu tetapi kita perlulah menjauhi sifat angkuh dalam diri. Terimalah kebenaran dan janganlah biarkan kesombongan menguasai diri.

Tidak rugi kita membaca buku ini kerana ia mempunyai persoalan terkini yang banyak dihadapi orang-orang sekarang. Dapatkan jawapannya.

Membaca buku yang berfaedah seperti memberi makanan kepada roh kita. Semoga roh kita menjadi kuat dan tidak mudah digoyah. Bukan seperti lalang yang ditiup angin, kadang ke kiri kadang ke kanan. Rapuh dan tidak berpendirian.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fazli Abdullah

Dilahirkan di Kedah. Hobi membaca dalam genre agama dan motivasi. Mengemari lagu nasyid. Menjadikan penulisan sebagai medan penyebaran ilmu dan kebenaran. tzkrh.com adalah ruangan penulisan pertamanya menulis dengan serius.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami