Gaya Hidup

‘Trend’ Yang Meraih Pahala Tanpa Batas

Oleh Asyiqin Rosmahadir  •  4 Apr 2018  •  4 min baca

Hari ini, dunia kita dikelilingi dengan pelbagai tarikan dan hiburan. Pada setiap hari, pasti akan ada orang-orang yang bertungkus-lumus untuk mencipta trend.

Mereka muncul dalam berbagai-bagai tarikan dengan harapan agar ramai yang mengikuti mereka. Antaranya gaya hidup, fesyen dan macam-macam lagi.

Dalam Islam, manusia dilarang untuk bersikap ikut-ikutan. Persoalannya ialah mengapa hal ini amat berbahaya?

Hal ini, kerana jenis trend yang kita ikuti akan dipersoalkan sewaktu di akhirat kelak. Dan apabila seseorang yang mengikuti gaya ahli neraka, dia akan membawa dirinya sekali ke neraka dan seseorang yang mengikuti gaya ahli syurga adalah sebaliknya.

#1- Pilih Yang Betul Dan Tetapkan Hati

Kita boleh melihat sendiri perkara-perkara yang menjadi trend pada waktu ini. Umat Islam meniru orang kafir hampir dalam semua perkara.

Malah, kita dapat melihat generasi muda khususnya yang mudah terpengaruh. Mereka terlalu mengikut-ikut orang Barat dan seakan-akan tidak sedar dengan keburukan kepada perkara itu.

Tetapi mengapa mereka terlalu senang dipengaruhi? Adakah kerana disebabkan teknologi di era ini yang telah membuatkan mereka begitu lalai?

Jawapannya ada pada diri sendiri. Pilihan betul-betul berada dalam genggaman masing-masing.

Hal ini kerana, semuanya bermula dengan diri sendiri. Kita punyai hati dan boleh membezakan antara baik dan buruk. Maka, segala-galanya terpulang pada diri kita.

Kita yang perlu membuat pilihan sama ada untuk mengikut-ikut trend tersebut ataupun tidak. Sewajarnya, kita memilih sebetulnya untuk mengikuti trend itu sekiranya akan mendatangkan kebaikan dan manfaat.

#1- Harus Bangga Dengan Cara Hidup

Walau sesiapapun kita, kita seharusnya berbangga dengan cara hidup Islam kita yang sudah cukup baik dan sempurna.

Sikap meniru-niru yang melanggar syariat haruslah dielakkan kerana khuatir kita akan meletakkan diri kita di tempat yang salah.

Dalam pada itu, sikap mengikut-ikut adalah seperti menunjukkan seseorang itu lemah. Biasanya, yang lemah tentu akan mengikut yang lebih hebat dan kuat.

Amat menyedihkan bahawa umat Islam pada hari ini adalah antara yang memiliki sifat ini. Rasulullah SAW memang sudah meramalkan hal ini sejak beribu tahun dulu. Rasulullah bersabda yang bermaksud;

“Kamu akan mengikut cara orang sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani), sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Andainya sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, kamu akan mengikutinya. Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Bukan harus bangga dengan cara hidup saja, tetapi perlu juga berbangga dengan keislaman kita. Kita mesti berbangga Allah SWT sebagai Tuhan dan Islam sebagai cara hidup kita.

Sesiapa yang segan untuk menunjukkan keislamannya, dia akan hidup dalam keadaan yang hina. Menurut kata Saidina Umar al-Khattab:

“Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Jika kita mencuba memuliakan diri dengan selainnya, maka Allah akan menghinakan kita.” Riwayat al-Hakim

#3 – Nabi Muhammad SAW Sebagai Teladan

Kita yang menentukan sama ada untuk mengikut-ikut ataupun tidak. Semestinya kita, sebagai umat Islam perlu mengikut Nabi Muhammad SAW. Antara perkara yang perlu kita lakukan adalah dengan menghidupkan sunnah baginda.

Dalam berjuta-juta ikutan yang pernah muncul, ayuhlah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan. Tambah pula, baginda boleh dijadikan sebagai idola kita serta menjadi inspirasi sepanjang dalam perjalanan hidup.

Sesungguhnya, bagi kamu semua pada diri al-Rasul ada ikutan yang baik. Surah al-Ahzab 21

Berdasarkan ayat tersebut telah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah ikutan. Baginda juga ialah contoh dan teladan buat kita.

Oleh sebab itu, apa-apa yang diucapkan dan dilakukan baginda sepertimana yang kita ketahui. Justeru, marilah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dalam kehidupan.

Secara keseluruhan, disebabkan terlalu banyak trend yang membanjiri dunia sekarang ini, hendaklah kita sentiasa berwaspada.

Kita mestilah berfikir terlebih dahulu kebaikan atau keburukan terlalu meniru-niru sesuatu trend tersebut. Malahan, tetapkan pendirian masing-masing dan berusahalah untuk mengejar pahala.

Tidak lupa juga untuk selalu mempraktikkan apa-apa yang Nabi Muhammad SAW lakukan dalam hidupnya.

Kita perlu mempraktikkan apa yang baginda suruh. Tambah pula, kita mesti beramal dengan dua sumber utama iaitu al-Quran dan hadis demi mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Sesungguhnya, tiada apa-apa makna yang kita perolehi di dunia jika hanya mengejar mereka yang boleh mendatangkan bahaya.

Mereka adalah populariti dan hiburan, maka jangan meniru-niru trend yang tidak sepatutnya kita ikuti. Semoga kita sentiasa dilindungi daripada ikut-ikutan yang tidak baik. Kata Imam Muda Fakhrul;

Buat trend itu biarlah kita yang mendapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama. Islam itu mudah tapi jangan bermudah-mudah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Asyiqin Rosmahadir

Seorang pelakon di pentas dunia. Acap kali menyandang watak gadis yang berusaha untuk memperbaiki kehidupan sendiri. Kadangkala, lakonannya begitu indah di alam fantasi. Beliau gemar bersuara melalui tulisan dan sedang gigih berperang dalam dunia seni bina.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami