Berita

Ubat Rindu Kepada Mekah Dengan Menonton ‘Makkah Langsung’ Di Aplikasi Muslim Pro

Oleh Fieyzah Lee  •  6 Sep 2019  •  2 min baca

Musim Haji telah berlalu dan rata-rata sanak saudara kita telah menjejakkan kaki ke tanah air setelah selesai menunaikan Haji dan mengambil ruang tersebut untuk melawat sekitar Kota Mekah.

Apabila ditanya mengenai perasaan mereka di sana, rata-ratanya memberikan komen yang positif seolah-olah ingin menetap sahaja di sana.

Tidak dapat digambarkan bagaimana gembiranya perasaan mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sana sehingga mengimpikan ke sana lagi.

Bagi golongan yang kurang berkemampuan, perkara itu sedikit mustahil dan sukar jika dibandingkan dengan golongan yang punya wang yang cukup.

Namun, kini segalanya menjadi mudah selari dengan arus perkembangan teknologi yang tumbuh bak cendawan.

Tahukah anda, dengan memuat turun aplikasi Muslim Pro, anda boleh membantu sanak saudara, atuk mahupun ibu bapa anda untuk mengubat kerinduan terhadap Mekah.

Pada aplikasi ini, terdapat satu butang ‘Makkah Langsung’ dan anda boleh mendengar sendiri alunan al-Quran serta azan daripada qari dan imam-imam terkemuka di sana.

Selain itu, anda juga dapat mengetahui waktu serta cuaca di sana dan melihat sendiri keadaan Kaabah yang sentiasa penuh dikelilingi manusia di sana.

Anda dapat melihat dari pelbagai sudut yang dirakamkan oleh Haramain Recording untuk tontonan semua, bukan sahaja gambaran dari atas Kaabah, malah dari dalam masjid dan juga beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama ketika di sana.

Pada ‘Makkah Langsung’ ini juga, anda bukan sahaja dapat mendengar surah yang dimainkan, malah ada ditulis di bahagian bawah tajuk surah serta nama qari yang membacanya.

Aplikasi ini sesuai untuk semua golongan sama ada yang merindui pengalaman di sana atau belum berkesempatan ke Mekah tetapi ingin merasi pengalaman ke sana.

Tidak hairanlah jika masa kini kita boleh merasai pengalaman melakukan ibadah dengan tenang dari hati kerana wujudnya aplikasi yang menarik seiring dengan perkembangan teknologi.

Anda boleh terus muat turun aplikasi ini di Muslim Pro

Terdapat banyak lagi aplikasi menarik yang boleh membantu anda dan orang tersayang untuk merasai pengalaman menunaikan Haji dan umrah. Anda boleh terus sahaja ke Play Store untuk mendapatkan kemas kini aplikasi-aplikasi ini.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami