Remaja

Tips Untuk Mengekalkan Tali Hubungan Anda

Oleh Fieyzah Lee  •  24 Oct 2019  •  2 min baca

Setiap manusia pasti mempunyai hubungan istimewa sama ada sesama suami isteri, pasangan kekasih mahupun sahabat.

Ia merupakan antara nikmat dan anugerah terindah dalam hidup setiap insan apabila diberikan seseorang yang dirasakan boleh dijadikan tempat untuk meluahkan dan meletakkan kepercayaan.

Bukan mudah untuk menjumpai insan yang dirasakan boleh meletakkan kepercayaan kepadanya di samping agar boleh menyokong antara satu sama lain.

Apabila sudah diberikan seseorang dalam hidup, yang paling penting ialah menghargai dan cuba untuk kekalkan hubungan itu agar tidak putus di tengah jalan.

Berikut merupakan antara tips untuk mengekalkan hubungan anda agar sentiasa berada dalam keadaan baik;

#1 – Komunikasi Yang Paling Utama

Kerap kali kita mendengar nasihat daripada mereka yang sudah punya banyak pengalaman seperti orang tua yang mengatakan bahawa, komunikasi itu merupakan kunci utama dalam setiap perhubungan.

Ia tidak terbatas kepada hubungan sesama suami isteri atau kepada pasangan kekasih sahaja, namun kepada setiap orang.

Berkomunikasilah dan jangan anggap manusia akan memahami anda dengan mudah kerana tanpa komunikasi yang betul dan berkesan, manusia akan cenderung untuk membuat andaian sendiri.

Jika sakit, sedih, gembira, perlukan bantuan atau nasihat, maka gunakan komunikasi yang betul agar ia berkesan.

#2 – Jangan Menghalang Sebaliknya Sokonglah

Setiap manusia pasti mempunyai sesuatu yang diminati untuk diceburi. Sebagai sahabat atau pasangan yang baik, apabila anda diberitahu mengenai cita-cita ini, cuba untuk memahaminya terlebih dahulu.

Tunjukkan sokongan yang jitu kepada pasangan anda agar mereka mempunyai keyakinan yang kukuh dan semangat yang tidak mudah berpecah-belah dalam perjalanannya mencapai impian tersebut.

Jika dirasakan ada kesalahan dalam setiap langkahnya, perkara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah menasihati dan bukan menghukum.

Manusia cenderung untuk menerima nasihat daripada orang yang rapat dan diletakkan kepercayaan.

#3 – Memahami Dan Bukan Menghukum

Mengapa seseorang itu melakukan kesalahan atau bertindak sedemikian rupa, anda perlu mencari jawapannya. Dengan itu, anda akan menjadi pasangan atau sahabat yang memahami situasi dan bukan menghukum.

Manusia tidak suka atau kurang selesa apabila seseorang menghukum atau menilai tanpa mengetahui cerita atau keadaan sebenar.

Jadi, cuba untuk berkomunikasi dengan baik agar semuanya perhubungan itu tidak mudah putus apabila terjadinya permasalahan di antara kalian.

Kesimpulan

Sesebuah perhubungan itu pasti akan punya pasang surutnya yang tersendiri sebagai ujian dan perencah.

Apa yang paling penting ialah bagaimana anda menangani masalah tersebut dengan cara yang baik tanpa perlu menyinggung mana-mana pihak agar tali hubungan tersebut akan kekal tersimpul.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami