Gaya Hidup

Tips Mudah Membendung Kebimbangan Yang Diajar Dalam Surah Al-Maarij

Oleh Fizah Lee  •  12 Jan 2021  •  3 min baca

Ramai orang yang melihat impak psikologi ke atas ekonomi dan juga keamanan negara. Namun, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah impaknya terhadap psikologi manusia.

Wabak COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak. Ia adalah akibat dari ekonomi kerana ada yang dibuang kerja, ada yang diberi cuti tanpa gaji dan pelbagai lagi. Bukan sahaja dari impak ekonomi, namun dari kesihatan dan juga sosial yang boleh memberi kesan kepada psikologi manusia.

Hal inilah yang menyebabkan ramai di antara kita yang mula berasa gusar dan takut. Secara umumnya, kebimbangan adalah emosi manusia yang normal kerana manusia boleh merasa bimbang pada masa-masa tertentu seperti apabila berhadapan dengan masalah di tempat kerja, kesihatan dan sebagainya.

Mafhum: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut. Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.(Surah Al-Maarij, 70:19-21)

Tabiat keluh kesah sendiri merupakan salah satu perkara normal dalam diri manusia, namun ia perlu diatasi dengan baik kerana jika dibiarkan, ia boleh membaw kepada beberapa masalah bukah sahaja dari aspek psikologi bahkan juga masalah fizikal.

Menurut Dr. Haji Mohd Nizam, masalah kebimbangan boleh membawa kepada tekanan darah tinggi serta gastrik kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur serta hilang selera makan.

Perkara inilah yang perlu dielakkan. Jadi, bagaimana untuk menangani masalah ini?

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh anda yang mengalami masalah kebimbangan yang telah dipetik melalui surah Al-Maarij.

#1 – Mengerjakan Solat

Melalui ayat seterusnya dalam surah Al-Maarij, Allah berfirman mengenai orang yang dilindungi daripada kebimbangan ini, iaitu;

 إِلَّا الْمُصَلِّينَ

Mafhum: “Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” (70:23)

Imam Ibnu Kathir menyebut bahawa orang yang mengerjakan solat akan diberi perlindungan oleh Allah serta diberi taufik dan hidayah dalam setiap perkara yang dilakukan.

Perlindungan inilah yang akan memberikan kebaikan dan kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dalam kehidupannya.

#2 – Istiqamah Dalam Mengerjakan Sembahyang

Orang yang mengerjakan sembahyan bukan sekadar menunaikannya, namun tetap istiqamah dalam melakukannya. Ini disebut dalam ayat seterusnya, iaitu;

الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ

Mafhum: Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang.” (70:23)

Solat merupakan ibadah yang menunjukkan kekuatan ikatan tali manusia dengan Allah. Apabila manusia yakin dengan Allah dan terus meletakkan pergantungannya kepada Allah, perkara inilah yang boleh membantu menenangkan jiwanya.

#3 – Menunaikan Hak Harta

وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ

Mafhum: “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum.” (70:24)

Pada ayat seterusnya disebut mengenai penunaian hak harta. Menunaikan hak harta, iaitu sedekah dan zakat.

Imam Al-Qurtubhi juga ada menyebut bahawa hak harta yang dimaksudkan pada ayat di atas adalah mengenai zakat kerana ia termasuk dalam rukun Islam yang kelima.

Apabila dilihat hubungannya dengan kesihatan jiwa, amalan zakat, sedekah, suka memberi dan menolong orang yang memerlukan dapat membentuk jiwa yang bersifat ihsan, simpati dan suka menolong sesama manusia.

#4 – Percaya Kepada Hari Akhirat

وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ

Mafhum: “Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya.” (70:26)

Ibnu Kathir menyebut bahawa orang yang percaya kepada hari pembalasan cenderung untuk melakukan sesuatu perkara megikut aturan yang telah diberikan kerana mereka percaya bahawa setiap perbuatan yang dilakukan akan dihisab oleh Allah kelak.

Justeru, mereka cenderung akan melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri dan juga sekeliling serta yang boleh mengelak kemudaratan.

Kesimpulan

Dalam surah ini menerangkan mengenai beberapa cara yang mudah namun penting untuk diambil perhatian bagi menjaga kemaslahatan jiwa agar terhindar dari kebimbangan yang melampau.

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami