Ibadah

Tiang Seri Istana Amalan

Oleh Ahmad Saifuddin  •  21 Nov 2015  •  2 min baca

Antara perkara yang kerap disebut oleh Nabi Muhammad (baca selawat) adalah tentang solat. Begitu juga dengan Al-Quran. Selalu sahaja kita bertemu dengan kalimah al-Solah di dalam Al-Quran.

Menulis topik ini agak keberatan bagi sesetengah orang. Ia mempunyai beban ilmu. Anggaplah ini adalah tulisan muhasabah sesama kita.

Solat adalah ketetapan Allah ‘azza wa jalla yang melibatkan waktu tertentu. Patuhi perintahnya, insya Allah masa terjaga.

Screen Shot 2015-11-18 at 9.11.24 PM

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa).

Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.Surah an-Nisa’, ayat 103.

Perintah ini adalah perintah yang diambil ‘by hand’ oleh Nabi Muhammad daripada Allah sewaktu dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Beban amalan ini terkena kepada semua Muslim tidak terkecuali oleh sesiapa pun. Hanya yang punya iman yang rosak melakukannya dalam keadaan yang terpaksa tanpa redha. Buat tanpa rela.

Screen Shot 2015-11-18 at 9.13.13 PM

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.

Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”Surah an-Nisa’ ayat 142

Kitakah begitu? Astaghfirullah. Mohon Allah menjauhinya. Dalam keadaan jiwa yang terganggu, hati yang jauh dari mengingati Allah. Ia akan menjauhkan lagi kita dari solat.

Screen Shot 2015-11-18 at 9.17.28 PM

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.”

Screen Shot 2015-11-18 at 9.17.51 PM

“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah”

Screen Shot 2015-11-18 at 9.18.01 PM

“Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir”

Dorongan nafsu mendorong manusia bertindak demikian. Kecuali…

Screen Shot 2015-11-18 at 9.18.08 PM

“Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat”

Apabila menunaikan solat, kita berlapang dada, hati tenang, bersifat ihsan dan belas ihsan. Tetapi bukan hanya solat ketika susah, solat ketika dizalimi, solat ketika datang musibah. Kata orang:

If you only pray when you’re in trouble, so you’re in trouble.

Screen Shot 2015-11-18 at 9.18.30 PM

“Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya”Surah al-Ma’arij, ayat 19-23

Kita berdoa supaya Allah menjadikan kita sebagai orang yang sentiasa menunaikan solat. Sebagai mana doa Nabi Allah Ibrahim alaihissalam.

Screen Shot 2015-11-18 at 9.29.20 PM

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”Surah Ibrahim, ayat 40


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ahmad Saifuddin

Ahmad Saifuddin

Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami