Hukum

Tiada Solat Jumaat Kerana PKPB, Bolehkah Urusan Jual Beli Dilakukan

Oleh Fizah Lee  •  13 Nov 2020  •  2 min baca

Umum mengetahui, aktiviti jual beli semasa solat Jumaat adalah diharamkan. Ia bermula selepas berkumandangnya azan kedua untuk menunaikan solat Jumaat, iaitu apabila khatib telah naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah.

Hal ini adalah sebagaimana kalam Allah yang menyebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Jumuah, 62:9)

Larangan ini terlibat ke atas mereka yang diwajibkan menunaikan solat Jumaat, iaitu kaum lelaki. Jika wanita yang melakukan urusan jual beli itu ke atas mereka yang tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat, maka hukumnya adalah dibolehkan.

Adapun, kita masih berada dalam pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan aktiviti keagamaan telah diberi SOP baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan.

Hal ini menyebabkan penangguhan solat Jumaat berlaku di beberapa kawasan terutamanya zon merah.

Buat mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat dan perlu digantikan dengan Zohor, adakah mereka masih terlibat dalam larangan jual beli ini pada waktu solat Jumaat sepatutnya dilakukan?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa, hukum melakukan jual beli adalah diharuskan jika tiada solat Jumaat.

Hal ini kerana, sebab utama larangan ini adalah untuk mengelakkan seseorang daripada disibukkan dengan urusan duniawi sekali gus untuk menjadikan mereka bersedia menghadap Allah.

Namun, jangan pula leka dengan urusan jual beli tersebut sehingga mengabaikan solat Zohor kerana ia juga adalah ibadah wajib yang perlu ditunaikan.

Dalam masa yang sama, SOP juga perlu sentiasa dipatuhi. Jika tiada urusan penting, kekal duduk di rumah dan elak berada di kawasan yang sesak.

Wallahu a’alam

Baca juga:
Waktu Jual Beli Yang Diharamkan Pada Hari Jumaat

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami