Hukum

Tathayyur, Perbuatan Syirik Tanpa Sedar

Oleh Hafizah Ramli  •  7 Mar 2019  •  3 min baca

“Ada kupu-kupu masuklah ke dalam rumah. Mesti ada tetamu nak datang ni.”

“Kening belah kiri terangkatlah, ada orang nak meninggal ke?

“Kirimkan SMS ini ke 10 orang, nescaya kamu akan terhindar daripada musibah.”

Ayat-ayat jenis ini, sering kita dengar di cuping telinga mahupun sudah pernah tertangkap oleh kaca mata sendiri. Sedarkah anda, ini merupakan antara contoh ayat-ayat syirik tanpa sedar. Berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud:

“Thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik, thiyarah itu syirik dan setiap orang pasti (pernah terlintas) dalam hatinya sesuatu tentang hal ini. Hanya Allah sahaja yang menghilangkannya dengan tawakkal kepadanya.”

Melalui hadis ini, Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa tathayyur ataupun thiyarah itu adalah salah satu daripada perbuatan syirik dan berdosa melakukannya. Syirik ini merupakan antara syirik kecil. Tiga kali Rasulullah SAW menyebut dalam hadis baginda sekaligus menekankan bahawa perbuatan mempercayai perkara-perkara seperti ini adalah berdosa dan dilarang sama sekali.

Thiyarah atau Tathayyur

Thiyarah merupakan istilah Bahasa Arab yang membawa maksud burung. Sejarahnya bermula pada zaman orang Arab jahiliyyah ketika ingin mengerjakan safar.

Mereka akan merujuk kepada pergerakan burung yang telah dilepaskan ke langit kerana bagi mereka jika burung tersebut bergerak ke kiri, maka mungkin akan terjadi musibah di tengah jalan manakala jika burung tersebut bergerak ke sebelah kanan, maka nasib yang baik-baik sahaja akan menyusul dan mereka dibenarkan untuk mengerjakan safar (perjalanan) .

Dari segi umumnya, maksud thiyarah adalah beranggapan sial ketika terjadinya sesuatu musibah yang melanda dengan alasan sesuatu perkara yang terjadi sebelumnya. Ia adalah sama erti dengan tathayyur.

Setiap Kejadian Milik Allah

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: “Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu.” Katakanlah wahai Muhammad: “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah.” Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami (nasihat dan pengajaran)?” (Surah an-Nisaa’ 4:78)

Setiap kejadian di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah. Sebagai seorang hamba yang bertaqwa dan mempunyai iman di dada, wajib mempercayai kepada qada’ dan qadar.

“Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf, 7:131)

Rukun iman yang keenam ini juga disebut sebagai takdir, iaitu setiap apa yang berlaku ini adalah dengan izin Allah yang merupakan aturan kepada perjalanan alam ini. Perbuatan mensyirikkan Allah dengan meletakkan pergantungan kepada makhluk lain selain Allah serta menafikan segala yang berlaku sama ada yang zahir atau batin adalah aturan Allah dianggap berdosa.

Sumber: Hukum Thiyarah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Hafizah Ramli

Hafizah Ramli

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami