Ibadah

Tanpa Disedari Kita Telah Menghina Allah

Oleh Natirah Azira  •  27 Dec 2018

Allah telah bercakap tentang sifatNya yang rahmah, pengasih, pengampun serta Pemilik Sifat Penyayang yang sebenar-benarnya dalam lebih 500 ratus ayat di dalam Al-Quran. Bahkan Allah turut menyampaikan pesananNya melalui hadis-hadis Nabi SAW tentang Sifat Pengampun. Maka apa lagi yang membuatkan kita berputus asa daripada berharap padaNya?

Rasulullah SAW bersabda bahawa dosa yang paling besar antara dosa-dosa besar ialah syirik (menyekutukan) Allah dan juga berputus asa daripada rahmat Allah.

Apabila kita telah berputus asa dengan rahmat dan keampunan daripada Allah, tanpa disedari sebenarnya kita telah menghina Allah. Kita seolah-olah tidak mengakui betapa pemurahnya Allah, betapa Allah mampu mengampunkan dosa hamba-hamba yang tidak syirik padanya. Kita hilang harapan pada kehidupan dan juga pada Pemberi Kehidupan.

Apabila Allah memberitahu betapa kasihnya sifat Allah, maka sebenarnya Allah mahu mengajar kita untuk tidak berputus asa dengan diri kita sendiri dan hidup ini.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami