Gaya Hidup

Tanggungjawab Dalam Bersahabat

Oleh Zulfikar Egar  •  2 Mar 2019  •  2 min baca

Satu tuntutan persahabatan yang baik dalam Islam adalah seorang sahabat itu berani menegur kesalahan sahabatnya dan memperbetulkan kelemahan sahabatnya.

Cukup rugi andai dibiarkan seorang sahabat itu melakukan kesilapan tanpa ada yang memperbetulkan di kala sahabat itu lalai dan alpa melakukan kesalahan.

Semata-mata hanya ingin menjaga perasaan sahabat tersebut lalu dipejamkan sahaja mata bila sahabat tersebut melakukan kesalahan.

Sufian bin Uyaynah ada menukilkan:

“Lihatlah kepada Firaun yang bersamanya Haman, lihatlah kepada al-Hajjaj yang bersamanya Yazid bin Abi Muslim yang lebih jahat daripadanya. Lihatlah pula Sulaiman bin Abdil Malik yang bersahabat dengannya Raja’ bin Haywah lalu dia meluruskannya dan memperbetulkannya. (Al-Khattabi, al-‘Uzlah, hal. 47)

Cumanya ketika menegur sahabat, hendaklah ia dilakukan untuk tujuan membina bukannya menegur untuk menjatuhkan.

Isu keras atau lembut sesuatu teguran ketika menegur sebenarnya terpulanglah pada kebijaksanaan sendiri.

Tidak ada yang benar-benar tepat, sama ada perlukah menegur secara keras, atau perlukah menegur secara lembut.

Sebab ia bergantung kepada keadaan atau situasi kesalahan yang dilakukan. Jika kesalahan itu serius, mungkin teguran keras perlu dilakukan.

Jika difikirkan orang yang ditegur mungkin akan terasa lalu merajuk sebab sudah diketahui akan sikapnya selama bersahabat, maka tegurlah secara lembut.

Jika kita baca kisah-kisah yang berlaku antara Rasulullah SAW dan sahabat sekalipun, kita akan menemui pelbagai cara dalam menegur. Sesetengah sahabat ada yang berpewatakan tegas dan keras. Apabila ada yang bersikap kasar dengan Nabi SAW, mereka lantang menegur. Namun dalam banyak keadaan, Nabi SAW seorang yang suka memaafkan dan bersikap lembut.

Satu hal yang perlu disedari dalam menegur adalah tentang penerimaan. Banyak orang hatta diri kita sendiri tidak suka dihakimi. Dalam erti kata lain, kita ingin orang menerima kelemahan kita dan ikhlas dalam menegur. Barulah teguran tersebut lebih mudah diterima.

Terpulang kepada anda cara apa yang ingin digunakan ketika menegur. Semoga ada sesuatu yang dapat dipelajari, baik anda orang yang menegur atau orang yang ditegur. Mudah-mudahan kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik.

Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami