Gaya Hidup

Tanda Hitam Di Dahi Bermakna Kuat Beribadah?

Oleh Natirah Azira  •  10 Mar 2020  •  2 min baca

Pernahkah anda melihat tanda hitam di dahi orang?

Ada yang berkata bahawa tanda tersebut menunjukkan bahawa orang itu kuat beribadah dan banyak melakukan sujud.

Walau bagaimanapun ia sebenarnya tidak tepat. Tanda yang ada di dahi tidak menunjukkan sama ada seseorang itu rajin dan ikhlas beribadah. Ia juga tidak menjadi lambang dan bukti kesolehan seseorang.

Kepercayaan ini mungkin berpunca daripada silap faham tentang firman Allah SWT berkenaan tanda-tanda sujud.

“Engkau melihat mereka tetap beribadah rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) tampak pada muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)…”(Surah Al-Fath 48:29)

Jadi sesetengah orang menyangka bahawa tanda hitam itulah yang dimaksudkan dengan kesan sujud seperti dalam ayat di atas.

Namun, menurut Tafsir Ibnu Kathir ada beberapa penafsiran sebenarnya tentang ‘kesan sujud’ tersebut. Antaranya ialah:

1. Penampilan yang baik.
2. Khusyuk dan tawaduk.
3. Solat akan mencantikan wajah, membuat wajah tampak suci.
4. Sinar pada wajah.

“Sesungguhnya kebaikan itu mempunyai cahaya di dalam hati, sinaran pada wajah, keluasan pada rezeki, dan kecintaan dalam hati manusia”

Justeru, tanda hitam di dahi bukan bukti kesolehan seseorang. Yang penting, sebagai orang yang melihat, kita tidak menyangka bahawa orang yang mempunyai tanda hitam di dahi cuba untuk riak dan menunjuk-nunjuk.

Ia boleh jadi berlaku kerana kulit yang sensitif, sehingga meninggalkan kesan apabila kerap sujud.

Akhir sekali, jauhilah berlebih-lebihan dalam sujud semata-mata ingin mendapat tanda hitam di dahi. Inilah yang dikatakan perbuatan yang riak dalam ibadah dan dimurkai oleh Allah. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami