Tokoh, Wanita

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Penerima Anugerah ASEAN Pertama Dari Malaysia

Oleh Fieyzah Lee  •  4 Nov 2019  •  2 min baca

Anugerah ASEAN Prize tidak asing lagi dalam kalangan kita kerana ia merupakan sebuah anugerah berprestij rantau ASEAN yang mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis Anugerah ASEAN Prize 2019 di Bangkok, Thailand, iaitu pada 3 November 2019 dan pengasas MERCY Malaysia, iaitu Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah dinobat sebagai pemenang bagi ASEAN Prize 2019.

Dr Jemilah yang sebelum ini merupakan pemenang Anugerah Merdeka 2015 merupakan warganegara Malaysia pertama yang menerima anugerah ini.

Beliau telah dipilih berdasarkan sumbangannya dalam bidang kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN dalam mengetuai delegasi MERCY Malaysia.

MERCY Malaysia atau nama asalnya ialah Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia merupakan sebuah organisasi yang memberi bantuan kepada masyarakat yang terlibat dalam bencana dan krisis dari segi perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana.

Ia telah mula ditubuhkan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 yang melihat kepada konflik di Kosovo ketika itu.

MERCY Malaysia telah bergerak secara aktif bermula dari menghantar bantuan kemanusiaan di Kosova dan Turki pada tahun yang sama dan terus berkembang sehingga kini.

Berkat kesungguhan dan kesabaran beliau dalam menerajui organisasi ini, MERCY Malaysia mampu bergerak seiring dengan kemajuan yang diinginkan.

Model Doktor Tanpa Sempadan

Dr Jemilah yang dilahirkan pada 3 Disember 1969 dan merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur merupakan seorang alumni di Sekolah Perempuan Assunta, Petaling jaya.

Beliau juga merupakan graduan Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi pada tahun 1986.

Beliau pernah menjadi ahli Persatuan Obstetrik DiRaja UK pada tahun 1991 an fellow Kolej Di Raja Obstetrik dan Ginekologi UK pada tahun 2004.

Beliau merupakan seorang wanita yang sangat bertenaga dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Beliau pernah terkena dua das tembakan semasa menjalankan misi kemanusiaan di Iraq, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk sentiasa turun padang.

Malah, pada tahun 2008, beliau telah menjadi salah seorang penasihat kumpulan kepada Central Emergency Response Fund.

Beliau diangkat sebagai ikon wanita dan doktor yang paling berpengaruh sehingga digelar model “Doktor Tanpa Sempadan.”

Sumbangan dan jasa beliau telah mendapat perhatian pemimpin negara dan beberapa pengiktirafan dunia sehingga telah berjaya menggondol beberapa anugerah.

Kesimpulan

Anda boleh menjadi apa sahaja yang anda idamkan jika mempunyai hati yang besar dan semangat yang tidak pernah pudar.

Jangan pernah berputus asa dan merasa gerun dengan halangan dalam bercita-cita kerana ia sepatutnya sifat yang tidak pernah ada dalam diri mereka yang berjaya.

Sumber:
Dr Jemilah Mahmood
Astro Awani


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami