Oleh Natirah Azira • 6 Jun 2020 • 1 min baca
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bakal menjalankan kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam membangunkan tadbir urus agama Islam dengan gabungan kemahiran sains teknologi.
Plan strategik itu akan mengguna pakai teknologi rantaian blok (blokchain) bagi memudahkan pengesanan produk halal dan inovasi penyembelihan lembu. Selain itu, aplikasi dataraya (database) juga akan dibangunkan bagi anak kariah masjid di seluruh Malaysia.
Bukan itu sahaja, inovasi baru dalam pelaksanaan kursus pra perkahwinan juga akan diwujudkan secara atas talian dalam bentuk yang lebih interaktif dan bersifat edutainment.
Manakala dalam bidang penyelidikan fatwa, skop kajian akan diperluaskan merangkumi kecerdasan buatan (artificial intelligence), pengeditan genom dan lain-lain.
Kerjasama ini diharapkan dapat mengubah landskap sektor agama Islam di Malaysia ke arah yang lebih baik.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.