Berita

Syeikh Mahmud Siyam, Imam Dan Khatib Masjid Al-Aqsa Dilaporkan Meninggal Dunia

Oleh Natirah Azira  •  20 Feb 2019  •  1 min baca

Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, bekas imam dan khatib Masjid Al-Aqsa telah dilaporkan meninggal dunia pada tanggal 15 Februari, Jumaat yang lalu setelah menderita penyakit strok.

Rakyat Palestin, bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya berduka dan merasa kehilangan seorang lagi permata Islam, pemimpin besar kaum Muslimin, penulis Arab, dan Rektor Universiti Islam Gaza.

Semasa hayatnya, Syeikh Shiyam merupakan pendokong kuat dalam perjuangan membebaskan Palestin, sebaris dengan tokoh Palestin yang lain seperti, Syeikh Ahmad Yasin. Pernah beberapa kali beliau dilaporkan datang ke Malaysia dan Indonesia bertemu pemimpin-pemimpin Islam di sini.

Dalam sejarah hidupnya, Syeikh Siyam pernah diusir oleh pihak Israel dari Palestin pada 28 Julai 1988 atas tuduhan menulis sesuatu yang mengancam saat menjadi pemimpin Gerakan Islam di Palestin (Hamas), dan kemudian beliau menetap di Sudan hingga tahun 1994.

Selepas itu beliau berpindah ke Yaman bersama keluarganya dan menjadi wakil Hamas, ketua Liga Palestin serta dekan Institut Studi dan Ilmu Pengetahuan Baitul Maqdis Syeikh Abdullah Al-Ahmar. Apabila keadaan kesihatannya semakin teruk, beliau kembali semula ke Sudan dan menetap di sana sehingga penghujung hayatnya.

Semoga Allah merahmati beliau, mengampuni dosa serta memberi ganjaran yang besar atas pengorbanan dan sumbangan yang telah dilakukan sepanjang hidupnya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami