Keluarga

Syarat Yang Perlu Dimiliki Untuk Menjadi Saksi Pernikahan

Oleh Fizah Lee  •  11 Nov 2020  •  2 min baca

Salah satu rukun nikah adalah dengan dihadiri oleh dua orang saksi. Jika tiada saksi, maka tidak sah pernikahan kerana ia termasuk dalam rukun nikah yang perlu dipenuhi.

Ada 5 rukun nikah, iaitu; pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki serta ijab dan qabul.

Terkini, memandangkan kita sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), peraturan akad nikah dikuatkuasakan dengan hanya membenarkan had kehadiran tertentu sahaja. Ia adalah termasuk dengan jumlah saksi.

Namun, siapakah saksi yang layak untuk menghadiri majlis pernikahan tersebut? Menurut pendapat dari Mazhab Syafi’e, syarat yang paling utama untuk menjadi saksi nikah adalah seseorang itu perlulah bergama Islam dan lelaki.

Dalam hal ini, pernikahan orang Islam perlulah disaksikan oleh orang Islam sendiri agar mereka boleh mengesahkan perkahwinan tersebut.

Sebahagian ulama juga berpendapat bahawa saksi tersebut adalah hampir sama dengan syarat wali, iaitu; mukallaf, beragama Islam, baligh dan berakal.

Mereka perlulah terdiri daripada dua orang lelaki yang mampu membuat keputusan sendiri dan membezakan antara baik dan buruk.

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ

Maksud: “Tidak sah sebuah pernikahan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil.” (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 4075)

Menurut Syeikh Wahbah Al-Zuhaili dalam kitab Al-Fikh Islami wa Adillatuhu, ada sembilan syarat menjadi saksi yang dihuraikan, iaitu;

#1 – Berakal

#2 – Baligh

#3 – Minima dua orang lelaki

#4 – Lelaki

#5 – Merdeka – Hamba adalah tidak dibenarkan

#6 – Adil dan melakukan aturan agama dengan baik

#7 – Islam

#8 – Boleh melihat dan tidak buta

#9 – Boleh mendengar dan faham mengenai ijab dan qabul dengan baik

Justeru, dapat kita faham bahawa untuk menjadi saksi nikah, seseorang itu perlulah berakal dan boleh membezakan antara yang benar dan yang salah agar pernikahan itu dapat diadili dengan baik.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami