Tokoh, Wanita

Sutayta Al-Mahameli – Ahli Matematik Sebagai Saksi Pakar Di Mahkamah

Oleh Natirah Azira  •  23 Feb 2020  •  2 min baca

Nama penuhnya ialah Amat Al-Wahid Sutayta Al-Mahameli Al-Baghdadiya, tinggal di Baghdad pada pertengahan kedua abad ke-10 (Era Abbasiyah), dan beliau dikenali sebagai ahli matematik yang paling pintar pada zamannya.

Oleh kerana Sutayta lahir dari latar belakang keluarga yang mementingkan pendidikan, beliau bukan sahaja mendapat sokongan supaya belajar Matematik malah subjek-subjek yang lain seperti Kesusasteraan Arab, Hadis dan juga Fiqh.

Malah bapanya sendiri, Abu Abdullah Al Hussein ialah seorang hakim dan juga penulis bagi beberapa buah buku seperti ‘Kitab fi Al-Fiqh’, dan ‘Salat al-Edayn’. Bapa saudaranya pula adalah seorang ilmuwan dalam bidang hadis.

Kemahiran Sutayta dalam bidang matematik menonjol apabila beliau bukan sahaja berjaya menyelesaikan persamaan matematik (mathematical equation) yang kompleks yang pernah dicipta sebelumnya malah mampu menghasilkan formula persamaan yang baru.

Selain itu, kelebihannya dalam bidang matematik dimanfaatkan juga dalam bidang perundangan. Kemahirannya diperakui apabila beliau sering dijemput sebagai ‘saksi pakar’ di mahkamah bagi bidang matematik.

Pada zaman dahulu, apabila sesebuah rumah ingin dibina, plan kontrak pembinaan akan diberikan kepada jurutera dan pekerja pembinaan. Apabila berlakuknya kecuaian atau masalah dalam pembinaan kerana tidak mengikuti plan yang telah dibuat, maka hal ini akan dibawa ke mahkamah dan memerlukan keterangan pakar.

Ketika ini lah, Sutayta dirujuk sebagai salah seorang pakar matematik yang akan membuat pengiraan semula tentang saiz bangunan, kuantiti bahan yang digunakan termasuklah tempoh jam bekerja anggota projek pembinaan.

Jika dalam dunia perundangan moden sekarang, peranan Sutayta ini dipanggil sebagai saksi pakar atau expert witness yang bertanggungjawab membantu pihak mahkamah dalam menerangkan sesuatu perkara yang berada dalam ruang lingkup kepakarannya. Penyaksian tersebut dalam mahkamah dikira sebagai sah dan mampu diguna pakai.

Untuk diperakui sebagai saksi pakar di mahkamah, seseorang perlu mempunyai kelayakan khusus, kemahiran dan kebijaksanaan serta kemampuan untuk melampirkan maklumat secara teknikal dan juga saintifik. Kesemua pra syarat ini dimiliki oleh Sutayta dan menjadikan beliau sebagai pakar saksi perempuan yang dikagumi pada zaman itu.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami