Ibadah, Inspirasi

Surah Al-Fatihah – Dialog Hamba Dengan Penciptanya

Oleh Fizah Lee  •  5 Jan 2021  •  2 min baca

Membaca surah Al-Fatihah merupakan rukun di dalam solat yang jika ditinggalkan atau tidak dibaca dengan baik, maka solat tersebut tidak sempurna dan tidak sah.

Sebahagian ulama menyebut bahawa surah ini dinamakan sebagai Al-Fatihah kerana ia adalah pembuka kepada ibadah.

Manakala, dalam solat pula ia adalah jantung yang menjadi penghubung antara hamba dengan Allah.

Tahukah anda, Al-Fatihah diulang dalam setiap rakat solat kerana ia adalah sebuah dialog antara hamba dengan Allah. Dialog ialah suatu perbuatan yang merangkumi percakapan kita dengan seseorang. Dan dialog dalam Al-Fatihah ini adalah percakapan kita dengan Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;

 قالَ اللَّهُ تَعالَى: قَسَمْتُ الصَّلاةَ بَيْنِي وبيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، ولِعَبْدِي ما سَأَلَ، فإذا قالَ العَبْدُ: {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمِينَ}، قالَ اللَّهُ تَعالَى: حَمِدَنِي عَبْدِي، وإذا قالَ: {الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}، قالَ اللَّهُ تَعالَى: أثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي، وإذا قالَ: {مالِكِ يَومِ الدِّينِ}، قالَ: مَجَّدَنِي عَبْدِي، وقالَ مَرَّةً فَوَّضَ إلَيَّ عَبْدِي، فإذا قالَ: {إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ} قالَ: هذا بَيْنِي وبيْنَ عَبْدِي، ولِعَبْدِي ما سَأَلَ، فإذا قالَ: {اهْدِنا الصِّراطَ المُسْتَقِيمَ صِراطَ الَّذينَ أنْعَمْتَ عليهم غيرِ المَغْضُوبِ عليهم ولا الضَّالِّينَ} قالَ: هذا لِعَبْدِي ولِعَبْدِي ما سَأَلَ

Maksud: “Allah berfirman: “Aku membahagi solat antara diriKu dan hambaKu menjadi dua. Untuk hambaKu apa yang dia minta.

Apabila hambaKu membaca: “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.”

Allah ta’ala berfirman – “HambaKu memujiKu.”

Apabila hambaKu membaca – “Arrahmani Rahim.”

Allah Ta’ala berfirman – “HambaKu mengulangi pujian untukKu.”

Apabila hambaKu membaca – “Maaliki yaumid diin.”

Allah berfirman – “HambaKu mengagungkanKu.” (Dalam riwayat lain, Allah berfirman; “HambaKu telah menyerahkan urusannya kepadaKu.”

Apabila hambaKu membaca – “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.”

Allah berfirman – “Ini antara diriKu dan hambaKu dan untuk hambaKu sesuai apa yang dia minta.”

Apabila hambaKu membaca – “Ihdinas Siratal mustaqim sehingga akhir surah.”

Allah berfirman – “Ini adalah milik hambaKu dan untuk hambaKu sesuai yang dia minta.” (HR Muslim, no. 395)

Allah Maha Mendengar Dan Mengetahui

Kita meyakini bahawa salah satu sifat Allah adalah Maha Mendengar bisikan hambaNya sama ada yang diucapkan melalui lisan mahupun di dalam hati.

Apabila solat, kita seolah-olah berbisik dengan Allah dan Allah menyapa bisikan kita itu dengan lembut. Ayat demi ayat yang kita baca sebenarnya mempunyai jawapan dari Allah dan ia seolah-olah Allah sedang menyaksikan kita secara dekat.

Disebabkan itu, kita dituntut untuk menghayati bacaan solat dengan baik, memahami maksud di sebaliknya dan sentiasa memperbaiki bacaan tersebut.

Semakin mampu kita menghayati kedalaman maksud surah Al-Fatihah, maka nikmat berdialog dengan tuhan itu akan semakin dirasakan.

Wallahu a’alam

Rujukan Hadis:
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami