Kesihatan

Sunnah Bekam vs Derma Darah

Oleh Fieyzah Lee  •  16 Jan 2020  •  2 min baca

Bekam ialah satu kaedah untuk membuang toksin di dalam badan dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Tujuannya adalah untuk melancarkan peredaran darah dan membuang angin dalam badan yang mengakibatkan rasa tidak selesa.

Menurut beberapa pakar bekam, rawatan ini dikatakan boleh memberi banyak faedah kepada badan seperti meringankan otot yang kejang, mengatasi ketegangan berpanjangan serta membebaskan angin kotor dan toksik dalam badan.

Ia wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu. Pada zaman Nabi Muhammad, para pengamal bekam menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan juga gading gajah.

Orang-orang Barat pula seperti di Eropah menggunakan lintah sebagai alat bekam. Lintah-lintah ini akan diimport dan dibiarkan berlapar. Dengan ini, apabila ditempelkan pada tubuh manusia, lintah tersebut akan menghisap darah dengan efektif sehinggalah kenyang.

Jurubekam akan dilatih terlebih dahulu sebelum memperoleh sijil bagi melayakkan mereka menjalani rawatan. Ini adalah untuk menepis dakwaan bahawa mereka yang menguruskan bekam kebiasaannya adalah tidak bertauliah.

Bahkan, bukan semua orang boleh menjalani rawatan bekam. Mereka yang datang untuk berbekam perlu diperiksa tekanan darah terlebih dahulu bagi melihat sama ada mereka layak atau tidak.

Apa Kata Islam

Sebenarnya, bekam merupakan sunnah Baginda SAW yang digunakan dalam merawat atau mengeluarkan toksik dan juga darah kotor.

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

Maksud: “Sesungguhnya cara perubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijaamah (bekam) dan al-fashdu (venesection).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5696)

Para ulama mengatakan bahawa bekam merupakan sunnah Baginda SAW dan dikira sebagai ibadah jika ikut melakukannya. Tidak berdosa jika tidak ingin melakukannya namun jangan diperlekehkan perbuatan ini.

Darah yang dikeluarkan daripada derma darah adalah dari dalam pembuluh darah besar (arteri) manakala bekam dikeluarkan daripada lapisan kulit (kapileri).

Hal ini menyebabkan hanya darah yang bertoksik dan kotor sahaja yang akan keluar, berbeza apabila anda derma darah, semua darah sama ada yang segar atau tidak akan turut keluar.

Bekam juga boleh meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan growth factor hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Dengan ini, badan akan lebih bertenaga selepas sesi bekam dilakukan.

Buat anda yang ingin melaksanakan bekam, perlulah dipilih tempat dan jurubekam yang baik dan bertauliah bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti jangkitan kuman kerana ia melibatkan kesihatan anda.

Wallahu a’alam.

Baca Juga:
Sunnah Bekam Yang Semakin Ditinggalkan

Rujukan:
Healthline
Konsultasi Syariah
Kajian Saintifik Mengenai Bekam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami