Gaya Hidup

Subuh Tergadai Kerana Sengaja Melewatkan Tidur

Oleh BroSyarief  •  8 Nov 2018  •  1 min baca

وقال الشيخ ابن عثيمين فيمن تأخر عن النوم، أو ترك الأخذ بالأسباب حتى فاته الفجر:

Pesan Syaikh Ibn ‘Utsaimin Rahimahullah pada orang yang sengaja melewatkan tidur atau meninggalkan usaha bersedia (untuk tidur awal) sehingga dia (terlewat bangun) dan terlepas solat Subuh (berjemaah).

Pesan beliau – Rahimahullah;

‎يجب عليه أن يعمل كل الأسباب التي تجعله يصلي الفجر جماعة

“Wajib ke atas individu sebegini untuk mengusahakan apa sahaja faktor (pemangkin) yang menjadikan dia dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

‎ومن ذلك: أن ينام مبكراً

Di antaranya adalah dengan TIDUR AWAL

‎لأن بعض الناس يتأخر في النوم، ولا ينام إلا قبيل الفجر

Sebahagian orang sengaja melewatkan tidur, malah ada yang tidak tidur kecualilah bila menghampiri waktu Subuh.

‎ثم لا يتمكن من القيام، ولو وضع المنبه، ولو أمر من ينبهه

Kemudian, hasilnya, dia tak berdaya untuk bangkit (untuk mendirikan solat), walaupun dia telah memasang penggera, hatta walaupun dia telah menyuruh orang menggerakkannya.

‎لذلك نحن ننصح هذا وأمثاله بأن يناموا مبكرين حتى يقوموا نشيطين، ويصلوا جماعة

Oleh kerana itu, kita nasihatkan individu sebegini dan orang-orang yang sepertinya agar tidurlah awal supaya dapat bangun dalam keadaan segar bersungguh dan bersegera untuk solat secara berjemaah.

‎أما هل هو آثم؟

Adapun (soalan seterusnya): Adakah dia berdosa (kerana sering terjaga lewat)?

‎نعم، هو آثم إذا كان هذا بسببه؛ سواء كان بتأخره في المنام، أو كان ذلك بترك الاحتياط بالاستيقاظ، فإنه آثم

Ya, dia berdosa jika ini berlaku kerana sebab (kelalaian) dirinya sendiri, sama ada kerana dia sengaja lewat tidur atau kerana dia mengabaikan langkah berhati-hati, berusaha untuk bangun (awal).

Maka (jika ini sebabnya), dia berdosa.”

[Majmu’ Fatawa wa Rasaail. 17/72]

#NotaTerjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

BroSyarief

BroSyarief merupakan seorang penuntut ijazah dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami