Keluarga

Suami ‘Panas Baran’ : Isteri Terseksa dan Anak-Anak Derita

Oleh Ebit Liew  •  31 Jan 2019  •  3 min baca

Baru ini semasa saya dan keluarga bercuti saya terpandang seorang suami di sebuah hotel, kelihatan sedang menghempas barang dan marah-marah isterinya dan 3 anaknya.

Rupa-rupanya isterinya tertinggal barang di bilik. Suaminya terus pergi, terdengar menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak mereka yang besar dalam umur 10 tahun menangis sambil memeluk ibunya.

Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Ibu itu berkata kepada saya;

“Eh tak pe, tak pe”

Saya menjawab;

“Ish tak pe, sikit je ni kak.”

Wanita itu bertanya;

“Eh, Ebit Lew kan?

”Ye, saya Puan. Allah sayang puan sabarlah.

Tidak lama kemudian suaminya datang dan nampak saya.

“Eh, Ebit Lew kan?

”Ye, saya abang.”

“Abang dan akak okey ke ni?”

Isterinya berkata;

“Ok ustaz, cuma suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main handphone je. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.”

Saya berkata;

“Abang penat kerja ye? Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia

Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tetapi mereka rindukan kasih sayang kita mak dan ayah mereka. Jangan sesekali bergaduh depan mereka.

Jadikan barang tertinggal dan sesat jalan sekali pun, sebagai gelak tawa dalam rumah tangga. Elakkan dari marah-marah. Lemah-lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah.

Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi S.A.W suri teladan kita semua. Suaminya berkata;

“Saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz?

“Boleh abang.”

Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka kelihatan sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya.

Ya Allah, sebak saya melihat mereka kerana anak-anak saya pun masih kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan.

Hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya. Para isteri mengandung 9 bulan, rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya. Hargailah ibu. Hargailah isteri.

Sebab itu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumah tangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis.

Walaupun saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila. Begitulah selalunya. Keluhan biasa lelaki;

”Tunggu awak bersiap, saya sempat keluar beli barang dan balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit”

Kalau 15 tahun kahwin maka 15 tahun mengeluh. Bila keluar pampers anak tertinggal. Suami pasti berkata;

”Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain. Laaa itu tinggal, ini tertinggal, apa je yang awak ingat.”

Bagi setengah lelaki siap tu siap, namun bagi wanita siap itu maknanya mandikan anak, basuh berak anak terlebih dahulu, buat susu anak, bawa bekal, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah dan kunci pintu rumah.

Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tidak mahu menolong pun jangan sesekali mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri.

Pimpinlah rumah tangga kita dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik adalah tugas yang berat dilakukannya bukan mengarahkan sahaja.

Isteri adalah pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh pun. Di marahnya pula.

Ya Allah, sedihkan. Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang demi Allah. Mereka adalah hadiah istimewa pinjaman daripada Allah S.W.T.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami