Keluarga

‘Strong-Willed’ Bukan Degil

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  6 Nov 2019  •  3 min baca

Bagi anda yang tidak pernah mendengar istilah ‘strong willed child’, istilah lain adalah ‘Spirited Child’, ‘Feisty Child’ atau ada juga yang menggelarkan mereka ‘Difficult Child’. Dalam masyarakat kita mereka sering dikenali sebagai anak yang ‘degil’.

Melabel

Saya gembira apabila rakan Parent Connect menggunakan istilah ‘strong-willed child’ dan bukannya degil.

Saya pernah menulis bahawa saya tidak gemar dengan label ‘degil’ kerana ia membawa konotasi yang negatif dalam masyarakat. Apabila seseorang anak dilabelkan sebagai degil, dia selalu diperkatakan dan dilayan dengan negatif dan tidak dengan sewajarnya.

Masalahnya bukan dengan anak tersebut tetapi masalahnya dengan orang dewasa yang tidak cuba memahami dan hanya gemar melabel untuk memudahkan urusan.

Anak yang ‘strong-willed’ selalunya mempunyai ayah atau ibu yang ‘strong-willed’ juga. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bukan?

Adakalanya untuk mengelakkan konflik, konfrantasi atau ‘power struggle’ dengan anak ‘strong-willed’ ini, kita sebagai ibubapalah yang perlu belajar untuk memahami diri mereka dan menyesuaikan kemahuan dan jangkaan kita terhadap mereka.

Apa Yang Perlu?

Berbeza dengan anak-anak yang lain, anak yang ‘strong-willed’ memerlukan ibu bapa yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, iaitu orang dewasa yang berupaya untuk menjadi tegas dan berpegang kepada prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan.

Ibu bapa yang berupaya untuk berkata NO. Ibu bapa yang berani untuk berkata;

“Mama tak akan benarkan kamu melakukan perkara itu”

“Walau apa pun, ayah akan bantu kamu supaya kamu boleh berhenti dari…..”

“Peraturan di rumah ini adalah…..”

“Adalah menjadi tanggungjawab Mama untuk pastikan anak-anak mama selamat.”

Jika kita tidak mahu membuang masa dan tenaga dalam konfrontasi dengan anak-anak ini setiap hari, maka kita perlukan asas peraturan yang jelas dan kukuh di rumah.

Apabila ibu bapa yakin dengan peraturan yang ada dan tahu kenapa perlunya peraturan itu, maka ibubapa akan lebih yakin menguruskan anak-anak yang ‘strong willed’ ini.

Anak-anak ini juga memerlukan ibu bapa yang mempunyai empati yang tinggi dan dapat memahami kesukaran yang anak alami untuk mengawal emosi dan tingkah laku yang ‘intense’.

Kebanyakan anak ini mempunyai tenaga yang banyak oleh itu mereka perlu bermain, perlu bergerak dan dibawa keluar ‘outdoor’ untuk melepaskan tenaga yang banyak itu.

‘Strong-willed child’ adalah mereka yang boleh menjadi peguam, agen perubahan, ahli politik, negarawan, tycoon perniagaan dan apa sahaja yang mereka cita-citakan satu hari nanti. Insya Allah.

Saya telah beberapa kali menulis tentang anak-anak yang bersifat ‘strong-willed’ ini dalam beberapa hantaran yang berbeza. Menerangkan tentang mereka memerlukan hantaran Facebook yang sepanjang buku 480 muka surat ini.

Oleh itu, jika anda mempunyai ‘strong willed child’ ataupun ‘spirited child’ dan mencari bahan bacaan sebagai panduan mendidik anak yang begini, saya sarankan anda membaca buku ini.

Saya membeli buku ini 5 tahun lalu di London ketika mengikuti kursus Positive Parenting di sana. Buku ini adalah salah satu buku rujukan kami dalam kursus selama 4 bulan itu.

Saya lihat buku ini ada dijual di Kinokuniya KLCC dan mungkin ada juga di platform online yang lain.

Bacalah dan fahamilah anak ‘strong-willed’ anda untuk mengetahui bagaimana membentuk dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna.

Ketahuilah sifat ‘strong-willed’ itu adalah satu kelebihan yang harus dipupuk dan bukannya satu kelemahan yang harus dikesalkan. Saya juga mempunyai ‘strong-willed child’. Alhamdulillah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami