Gaya Hidup

Strategi Bisnes Yang Menipu

Oleh UZAR  •  10 May 2016  •  2 min baca

Apabila kita ingin membeli tiket kapalterbang, kita adakalanya akan dapati terdapat nota kecil menunjukkan “Only 1 Seat Left”, iaitu pada waktu-waktu yang ada pada tarikh yang dikehendaki. Ketahuilah nota tersebut adakalanya adalah hanya strategi syarikat untuk mendesak dan mendorong kita membeli secepat mungkin.

Saya pernah mencuba, apabila mencari tiket untuk satu orang, tiba-tiba kelihatan tanda nota “One Seat Left”, namun apabila saya masukkan semula data untuk pembelian dua tiket pula pada tarikh dan waktu yang sama, saya dapati tanda nota “One Seat left”, sudah tiada tapi kali ini bertukar ke “two seats left”

Strategi yang sama adakalanya digunakan oleh penjual untuk cepat melariskan barangan dan seolah memukau pembeli agar jangan berfikir lagi serta segera bertindak membeli.

Ketahuilah, JIKA kehabisan atau tinggal sedikit itu BUKAN FAKTA SEBENAR tetapi rekaan, itu adalah suatu berdosa bagi penjual serta haram hukumnya atas sebab penipuan.

Atas sebab itu, juga Nabi mengingatkan :

Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli?

Nabi menjawab : Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga bila bercakap (ketika promosi) mereka akan sentiasa berbohong.

Riwayat Al-Hakim, sohih isnadnya menurut syarat Bukhari & Muslim; Al-Baihaqi

Kredit gambar: jetairways.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

UZAR

UZAR

Dr. Zaharuddin Abd Rahman adalah Presiden MURSHID, Pensyarah Kanan UIAM, Penasihat Shariah Kewangan Islam Tempatan & Antarabangsa, kolumnis, penulis buku dan pendakwah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami