Hukum

Status Solat Ketika Kanak-Kanak Dalam Saf Golongan Dewasa

Oleh Fizah Lee  •  9 Dec 2019  •  3 min baca

جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ

Maksud: “Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian.”

Kita mungkin pernah diperdengarkan hadis di atas. Ia sinonim dengan masyarakat untuk mengelakkan mereka daripada membawa anak kecil ke masjid.

Salah satu tujuannya adalah untuk mengelakkan gangguan kepada jemaah dan juga bunyi bising sehingga menyebabkan masjid dalam keadaan tidak tenteram dan jemaah yang tidak khusyuk.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat ahli hadis dan para ulama seperti Imam Nawawi menyebutkan bahawa hadis ini tidak boleh dijadikan sandaran berdasarkan amalan atau sunah kepada Baginda SAW atau dalam erti kata lain hadis ini dihukumkan tidak sahih.

Bahkan, terdapat sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Al-Ansori Ra bahawa Baginda SAW pernah mengimamkan solat sambil mendukung anak Zainab, iaitu Umamah.

Situasi ini digambarkan apabila rukuk, Baginda akan meletakkan Umamah sehingga Baginda selesai sujud, barulah akan diangkatnya (dukung) semula. (Hadis Riwayat Muslim, no. 845)

Jika mendukung kanak-kanak atau bayi dengan cara yang betul di dalam solat, maka ia tidak akan membatalkan solat.

Amalan ini adalah memberi pengajaran kepada kita semua bahawa galakan membawa kanak-kanak ke masjid bagi mengajar mereka agar tidak kekok dengan masjid.

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak tersebut dikhuatiri akan mengganggu jemaah yang lain disebabkan usia mereka yang masih kecil dan akan merengek (menangis) atau sikap mereka yang terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal – adalah lebih baik untuk mengelakkannya.

Bolehkah Kanak-Kanak Solat Dalam Saf Orang Dewasa

Mungkin anda pernah mendengar mengenai saf yang terputus jika di tengahnya ada kanak-kanak yang belum mumayyiz sama ada lelaki mahupun perempuan.

Malah, selalunya apabila pergi ke masjid, kanak-kanak akan diletakkan di saf belakang bukan sahaja untuk mengelakkan daripada terputusnya saf, bahkan untuk mengelakkan gangguan.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat beberapa ulama seperti Syeikh Ibn Baz RA dan Syeikh Ibn Uthaymeen RA mengatakan bahawa tidak terdapat mana-mana dalil mengenai perihal ini.

Bahkan, menurut pendapat Imam Al-Mawardi RA menerusi kitabnya, iaitu Al-Hawi Al-Kabir bahawa:

“Dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.”

Jika kanak-kanak datang terlebih dahulu dan mendapatkan saf hadapan, maka saf tersebut adalah berhak ke atasnya dan tidak boleh marah atau menarik mereka kepada saf lain.

Sebaiknya, letakkan mereka di antara golongan dewasa bagi menunjukkan pergerakan solat yang betul kepada mereka sebagai tujuan pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, saf solat golongan dewasa dan kanak-kanak tersebut jika safnya bercampur dan tiada istilah terputusnya saf.

Wallahu a’alam.

Baca Juga:
Putuskah Saf Jika Kanak-Kanak Bersolat Di Tepi Lelaki Dewasa

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami