Ibadah

Status Hadis – Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik Daripada 70 Rakaat Orang Yang Bujang

Oleh Fieyzah Lee  •  1 Jul 2020  •  2 min baca

Banyak kelebihan yang disebutkan buat mereka yang berkahwin. Antaranya ialah mendapat pahala sunnah, dapat mengelakkan diri daripada maksiat dan mudah untuk mendapatkan pahala walau perkara yang dilakukan kelihatan kecil.

Sebagai contoh, seorang isteri yang menghidangkan makanan kepada suaminya dengan ikhlas pun sudah boleh mendapat pahala. Seorang suami yang membuatkan isteri gembira dengan perkara-perkara kecil juga boleh diganjari pahala.

Disebabkan itu, Islam menggalakkan umatnya untuk melaksanakan perkahwinan apabila sudah sampai waktu yang sesuai ke atas seseorang.

Jangan berkahwin sebab trend. Apabila melihat orang berkahwin, anda pun turut ingin berkahwin sedangkan persediaan diri dan ilmu masih belum cukup.

Berkahwinlah apabila sudah bersedia, bukan mengikut nafsu atau terasa sunyi. Dengan itu, pahala yang dilimpahkan akan berganda-ganda lipatnya.

Terdapat sebuah dalil yang menyebut bahawa – “Solat orang yang berkahwin adalah lebih baik berbanding dengan solat orang yang bujang.”

Dalil ini seperti ingin menyampaikan mesej kepada kita bahawa berkahwinlah, kerana di setiapnya terdapat ganjaran yang sangat besar dan banyak kelebihan yang menanti.

رَكْعَتَانِ مِنَ الْمُتَزَوِّجِ أَفْضَلُ مِنْ سَبْعِينَ رَكْعَةً مِنَ الأَعْزَبِ

Maksud: “Dua rakaat orang yang berkahwin lebih afdal berbanding 70 rakaat orang yang bujang.”

Namun, tahukah anda hadis ini adalah tidak sahih. Jumhur ulama berpendapat bahawa ia adalah palsu disebabkan tiada riwayat yang kukuh yang disebutkan daripada Baginda SAW.

Antara ulama yang berpendapat demikian ialah – Imam Ibn Al-Jauzi, Imam Al-Suyuthi, Imam Ibn Iraq al-Kinani, Imam Al-Fattani dan Imam Al-Syaukani.

Ia hanyalah sebuah perkataan yang diada-adakan bagi memberi gambaran besarnya nikmat alam perkahwinan. Namun, perkataan tersebut adalah salah.

Seperti yang dinyatakan pada awal penulisan ini, memang kelebihan mereka yang berkahwin sangat banyak. Namun, hadis yang dinyatakan tersebut adalah palsu.

Justeru, tidak boleh menyebarkan dalil tersebut dengan sewenang-wenangnya. Sebaiknya, berikan hujah yang sahih.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami