Ibadah

Status Hadis – Makan Benda Haram Doa Tidak Diterima Selama 40 Hari?

Oleh Natirah Azira  •  14 Aug 2020  •  3 min baca

“Makan benda haram, doa tak akan diterima selama 40 hari”

Ia bukan ayat yang pelik bagi kebanyakan umat Islam kerana ia biasa didengar dan diucapkan dalam kehidupan seharian apabila ada isu makanan haram timbul.

Orang yang memakan suatu yang haram dikatakan tidak akan diterima doanya selama 40 hari. Dalam erti kata lain, permohonannya kepada Allah menjadi sia-sia.

Hal ini dikatakan berasal daripada sebuah hadis yang merakam perbualan antara Saad bin Abi Waqas dan Rasulullah SAW.

Ayat yaa ayyuha an-naasa kuluu mimmaa fi al-ardhi halalan thayyiba, suatu hari dibacakan di hadapan Rasulullah SAW, kemudian Saad bin Abi Waqqas berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah SWT agar menjadikanku orang yang dikabulkan doanya.”

Rasulullah berkata, “Wahai Saad perbaikilah makananmu maka engkau akan menjadi orang yang dikabulkan doanya. Demi Zat yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, sungguh seorang hamba yang memakan sesuap makanan haram dalam perutnya maka tidak akan diterima amal ibadahnya selama empat puluh hari, dan siapa saja yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan tidak halal dan hasil riba maka neraka lebih pantas untuknya.” (HR. Thabrani)

Walau bagaimanapun, hadis yang terdapat di dalam Kitab Mu’jam Al-Ausath ini dihukumkan sebagai hadis yang lemah manakala Syeikh Al-Albani memberi komen bahawa hadis itu sangat dhaif (lemah).

Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu yang disebutkan selama mana doa tidak akan diterima, cuma ada hadis sahih lain menyebutkan bahawa doa ditolak disebabkan makanan dan pakaian adalah daripada sumber yang haram.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik, dan sungguh Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepada para rasul.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik, dan sungguh Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepasa para rasul.

Lalu Allah berfirman, “Wahai para rasul, makanlah hal-hal yang baik, bekerjalah dengan benar sesungguhnya aku maha tahu dengan apa yang kalian kerjakan. Wahai orang beriman makanlah hal baik yang telah kami berikan pada kalian.

Kemudian Ia menceritakan ada seorang laki-laki yang panjang perjalanannya, rambutnya kusut dan berdebu, sambil menengadahkan tangannya ke langit seraya berkata, “Wahai Tuhan, Wahai Tuhan,” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan kenyang dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin ia akan dikabulkan permohonannya.” (HR. Muslim)

Hadis ini telah jelas menekankan bahawa doa orang yang makan benda-benda yang haram seperti arak dan babi atau dari usaha yang haram seperti penipuan, pecah amanah dan rasuah sukar dikabulkan.

Justeru, maksud daripada hadis itu benar cuma tidak ditentukan berapa lama doa dan amal tidak diterima, boleh jadi kurang daripada 40 hari atau bahkan lebih. Wallahua’lam.

Rujukan:

  1. Bincangsyariah.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami