Gaya Hidup

Status Hadis – Jihad Melawan Hawa Nafsu Lebih Besar

Oleh Fizah Lee  •  20 Oct 2020  •  2 min baca

Syeikh Said Hawa pernah berkata bahawa melawan hawa nafsu ialah suatu usaha menundukkan nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara. Apabila nafsu boleh ditunduk dan dikalahkan, seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengenepikan kehendak peribadinya.

Dan Imam Ghazali juga menyebut bahawa antara bukti manusia itu mencintai Allah adalah dia akan mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi sama ada dari aspek zahir atau batin.

Sebab itu manusia sentiasa dituntut untuk melakukan amal kebaikan dan melawan hawa nafsunya daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.

Bahkan, ada sebuah hadis yang disebutkan mengenai kelebihan berjihad melawan hawa nafus lebih besar dan hebat kerana ia menunjukkan kesungguhan manusia dalam melawan hawa nafsunya.

Dari Jabir bin ‘Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:

Maksud: “Kami telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada yang lebih besar. Mereka bertanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu?” Nabi SAW bersabda: “Kesungguhan seseorang hamba melawan hawa nafsunya.”

Namun, tahukah anda bahawa ulama menukilkan status hadis ini adalah daif (lemah). Hadis ini telah diriwayatkan dengan makna yang sama oleh Al-Baihaqi dalam kitab Al-Zuhd, Sunan Al-Kabir.

Al-Baihaqi dan Ibn al-Rejab menukilkan bahawa ia daif dari sudut sanadnya. Al-‘Iraqi juga bersetuju bahawa hukum hadis ini adalah daif dan Ibnu Taimiyyah menyebut bahawa tiada asal yang benar mengenai hadis ini.

Bagaimanapun, menurut pendapat Imam Ibnu Hajar, ia adalah kata-kata yang masyhur daripada Ibrahim bin Abi ‘Ublah yang merupakan seorang tabiin (pengikut; kehidupan selepas zaman para sahabat).

Walaupun ia bukanlah hadis yang diucapkan daripada Nabi SAW, namun ia memberi makna yang baik yang boleh memberi semangat kepada kita untuk sentiasa melawan hawa nafsu daripada terjebak dalam perkara-perkara yang tidak elok.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Bincang Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami