Keluarga

Status Hadis – Doa Ibu Seperti Doa Nabi Kepada Umat

Oleh Fizah Lee  •  15 Sep 2020  •  2 min baca

Status seorang ibu sangatlah tinggi. Tanpa mereka, kita tidak dapat melihat dunia ini. Bahkan, diwajibkan ke atas insan yang bergelar anak untuk sentiasa taat kepada ibu mereka.

Pernah tak terfikir bahawa setiap kejayaan yang telah dicapai hari ini bukanlah semata-mata daripada usaha dan doa anda sendiri, namun hampir 90 peratus darinya adalah berkat dari doa ibu anda yang tidak pernah putus.

Doa mereka ini sangat mustajab, sama ada cepat atau lambat, tuhan akan kabulkan. Disebabkan itu, jangan pernah wujud perasaan atau perbuatan yang boleh membawa kepada bentuk derhaka kepada mereka, bimbang jika tidak tenang kehidupan kelak.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Maksud: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bermusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3862)

Sebagaimana ada sebuah kisah yang pernah diceritakan mengenai seorang pemuda yang bernama Juraij. Kisah ini berlaku ketika ibunya telah datang kepadanya ketika dia sedang menunaikan solat sunat.

Namun, Juraij meneruskan solatnya walaupun telah mendengar panggilan ibunya. Kemudian, ibunya datang lagi untuk kali yang kedua bagi menemui anaknya dan Juraij tetap dalam solat sunatnya. Begitu juga untuk kali ketiga.

Kemudian, ibunya mendoakan keburukan buat anaknya. Dan apa yang berlaku selepas itu? Segala doa ibunya itu telah dimakbulkan dan Juraij ditimpa fitnah keburukan yang sangat besar.

Dia sedar bahawa ia adalah akibat daripada doa ibu kepadanya kerana telah terasa hati dengan perbuatan Juraij itu.

Di sini, apa yang dapat kita simpulkan bahawa besarnya doa ibu kepada anak-anaknya. Sehinggakan ada beberapa hadis yang menceritakan hebatnya taraf doa mereka.

Jadi, sebagai anak yang sentiasa cuba untuk menjadi manusia yang taat kepada mereka, mintalah doa yang baik-baik dari mereka dan pastikan setiap perbuatan yang kita lakukan sentiasa menarik keredaan mereka.

Ada juga sebuah hadis yang menceritakan bahawa taraf doa ibu adalah diibaratkan doa nabi kepada umatnya.

Daripada Anas bin Malik, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksud: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya seperti doa nabi kepada umatnya.”

Walau bagaimanapun, menurut perbincangan ulama, hadis ini dikatakan bahawa tidak sahih dan palsu.

Antara ulama yang bersetuju dengan kepalsuannya adalah Imam Ibn Al-Jauzi, Imam As-Suyuthi, Imam Ibn ‘Arraq al-Kinaniy dan Imam al-Fattani.

Justeru, tidak boleh menyebarkan hadis ini melainkan untuk memberitahu ketidaksahihannya.

Wallahu a’alam.

Baca Juga:
Kisah Doa Ibu Juraij

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami